Beri Juga ‘Kelonggaran Khas’ Untuk Misi Ke Piala Dunia B-20

Piala Dunia

Mengapa tidak berikan ‘kelonggaran khas’ kepada skuad kebangsaan bawah 18 tahun (B-18) yang sedang memburu slot ke kejohanan Piala Dunia B-20 2021 untuk menjalani latihan seperti mana atlit yang terlibat dengan program ‘Road To Tokyo 2020’?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar buat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselematan Negara (MKN) yang telah memberikan kebenaran khas kepada atlit yang terlibat dengan persediaan untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo tahun depan.

Dalam temubual bersama Bernama, beliau berharap skuad B-18 tahun diberikan kebenaran untuk mengikuti kem latihan berpusat lebih awal sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 2020 di Uzbekistan yang bakal berlangsung jauh lebih awal iaitu pada Oktober depan.

Posted by Football Association of Malaysia on Saturday, September 28, 2019

Menurut Kamarul, permohonan pihaknya wajar dipertimbangkan memandangkan kejohanan tersebut membolehkan skuad muda negara melayakkan diri secara merit buat kali pertama ke kejohanan Piala Dunia B-20 yang bakal berlangsung pada tahun depan di Indonesia.

“Seperti semua maklum, kontinjen ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo telah ada perancangan tertentu, tiada bezanya dengan skuad B-18 yang sedang melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 2021, wajar diberi peluang untuk mengadakan latihan awal.

“Saya amat berharap kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi peluang melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar skuad B-18 kebangsaan diberi ruang sama seperti atlet ke Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo,” katanya.

Sebanyak 265 individu termasuk 57 atlet di bawah program ‘Road To Tokyo 2020’ akan kembali menjalani latihan bermula 1 Jun ini di tiga Kem Latihan Berpusat yang telah ditetapkan oleh KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Kompleks Sukan Bukit Jalil melibatkan 181 individu sementara Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawai pula masing-masing dengan 56 dan 28 individu.

“Ketua jurulatih Brad Maloney memaklumkan kami memerlukan enam hingga lapan minggu untuk menyediakan sebuah pasukan mantap yang mampu bersaing melepasi peringkat separuh akhir, jika berjaya kami akan layak secara merit ke Piala Dunia B-20 2021.”

Kamarul kini berharap FAM dan MKN dapat segera memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kesihatan untuk sukan bola sepak memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) dijangka akan kembali bersambung pada bulan September.

Baginya dengan ketiadaan latihan yang tersusun buat pemain, ianya akan memberikan kesan yang cukup besar kepada perkembangan pasukan dan juga prestasi pemain terutamanya melibatkan kecergasan dan persefahaman.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai skuad B-18 negara:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram