Giuseppe Bergomi: Kehilangan Mauro Icardi Tidak Beri Kesan Buat Inter Milan

Kerjasama Semuanya BOLA

Icardi Inter

Pemergian Mauro Icardi secara tetap ke Paris Saint-Germain (PSG) disifatkan oleh bekas pertahanan Inter Milan, Giuseppe Bergomi tidak memberikan kesan mendalam buat skuad bimbingan Antonio Conte itu.

Hal ini kerana prestasi cemerlang dipamerkan Romelu Lukaku sebelum saingan Serie A terhenti akibat wabak COVID-19 dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada kehilangan penyerang kelahiran Rosario, Argentina itu.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Inter Milan telah bersetuju untuk melepaskan Icardi ke kelab gergasi Perancis tersebut secara tetap dengan yuran perpindahan bernilai €57 juta selepas beliau dipinjamkan pada musim ini.

Mauro Icardi telah menjaringkan 20 gol hasil 31 penampilannya dalam semua pertandingan disertai PSG manakala Lukaku pula meledakkan 23 gol buat Inter Milan.

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, Bergomi yang merupakan ‘one-club men’ buat Inter Milan merasakan kehadiran Lukaku sudah membuatkan semua pihak di kelab itu berasa gembira.

Embed from Getty Images

”Inter telah membuat keputusan mengenai Icardi sejak dari tahun lalu lagi,” ujar Bergomi menurut laporan Goal.

”Mengingati bagaimana situasi itu berkembang, saya merasakan PSG merupakan pilihan terbaik buat semua pihak.”

”Icardi telah menyertai kelab yang tidak mempunyai prestij seperti Inter, tetapi mereka telah memenangi Ligue 1 dan secara teknikalnya masih berpeluang untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah.”

”Manakala, Romelu Lukaku telah melakukan tugasan dengan luar biasa untuk menjadi pengganti buat Icardi, jadi semua orang di sini berasa gembira,” tambah Bergomi lagi.

Kredit featured image: Dean Mouhtaropoulos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Romelu Lukaku:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply