Berbeza Dengan Liverpool, Ramai Pemain Manchester United Sebenarnya Anti Vaksin

Manchester United adalah antara kelab Liga Perdana Inggeris di mana majoriti pemain mereka masih belum menerima vaksin Covid-19. Situasi ini menyebabkan kelab lawan kecewa dengan mereka berkaitan isu ini.

Pada minggu lalu akhbar Daily Mail melaporkan terdapat golongan pemain di Liga Perdana Inggeris enggan divaksin. Malah data yang diperolehi menunjukkan dua pertiga daripada pemain di divisyen teratas liga masih belum menerima suntukan masing-masing. Kebanyakan mereka enggan menerima suntikan tersebut.

Hanya beberapa kelab Liga Perdana Inggeris yang merekodkan kadar vaksinasi hampir 100% di kalangan pemain dan kakitangan mereka.

Liverpool dan Leeds United adalah dua kelab contoh yang menghampiri kadar vaksinasi lengkap. Manakala kelab-kelab lain seperti Wolves dan Brentford turut mengesahka kepada umum bahawa majoriti pemain mereka telah menerima dos vaksin lengkap.

Man Utd mengecewakan

Bukan sahaja Manchester United mengecewakan penyokong mereka dengan keputusan perlawanan yang serba tidak menentu, tetapi peratus rendah pemain dari kelab itu yang sanggup menerima vaksin turut membuatkan pasukan lawan kecewa dengan karenah kelab tersebut.

Ini kerana ramai yang bertanggapan Manchester United adalah salah sebuah kelab terbesar dan berpengaruh dari Liga Inggeris, dan sepatutnya memberikan tauladan yang baik. Apabila berlaku perkara sebegini, ia pasti memberi persepsi negatif kepada usaha dunia untuk bebas dari Covid.

Di sebalik penafian oleh pihak kelab, akhbar The Times melaporkan jumlah pemain dan kakitangan yang menerima vaksinasi di Manchester United adalah jauh berbanding dengan suntikan yang diberikan kepada Liverpool dan Leeds.

Data yang dikeluarkan agensi berkaitan pada minggu lalu mendedahkan hanya tujuh kelab telah merekodkan pemberian dos melebihi 50% di kalangan pemain dan kakitangan.

Angka dan data tersebut agak mengejutkan dengan kajian terhadap keengganan pengambilan vaksin turut disebabkan kepercayaan mengarut – seperti percaya kepada khabar angin di internet, dan bahawa pandemik ini adalah satu propaganda pihak tertentu semata-mata.

Kenyataan dari pihak Liga Perdana Inggeris berkata: “Kami sedang mempertimbangkan cara untuk memberikan ‘faedah’ kepada skuad/peman yang telah mematuhi arahan vaksinasi Covid, dan kepada mereka yang memilih untuk menerima vaksin.”

Klopp lantang kritik anti vaksin

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut menyuarakan pandangan beliau tanpa menyatakan mana-mana kelab mengenai isu ini, dan lantang mengkritik golongan pemain yang disifatka sebagai anti vaksin.
Malah beliau menanggap pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang enggan menerima suntikan vaksin adalah diibaratkan seperti memandu dalam keadaan mabuk.

Keadaan tersebut bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut berisiko membahayakan nyawa insan yang tidak bersalah di atas jalanraya.

Jurulatih warga Jerman itu menegaskan keputusannya untuk menerima vaksin bukan semata-mata mahu melindungi dirinya, tetapi juga orang di sekelilingnya.

Tambah Klopp lagi, 99 peratus pemain Liverpool telah pun divaksinasi meskipun beliau tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukannya.

“Jika saya kata yang saya telah divaksin, orang lain akan persoalkan ‘Kenapa saya juga perlu divaksin?’ Jawapan saya, iIa ibarat memandu dalam keadaan mabuk,” tambahnya.

“Kita mungkin dalam situasi di mana kita minum satu atau dua cawan arak dan merasakan kita masih boleh memandu, tetapi mengikut undang-undang kita tidak dibenarkan, jadi kita jangan memandu.

“Undang-undang itu bukannya semata-mata mahu melindungi saya bola saya minum arak dan mahu memandu, tetapi ia dibuat untuk melindungi orang lain di atas jalanraya, jadi sebab itu kita tidak boleh memandu.

Penutup

Sebagai salah sebuah kelab yang dekat dengan komuniti di seluruh dunia, Manchester United sewajarnya menjadi contoh kepada kesedaran dan kepentingan pengambilan vaksin.

Pihak pengurusan misalnya tidak seharusnya lepas tangan, dan bertindak pro aktif di dalam memastikan pemain-pemain dan kakitangan – bukan sahaja di Old Trafford, tetapi di Liga Perdana Inggeris – dilindungi sepenuhnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN