Berbatov Yakin Pochettino Akan Jadi Pengurus Man Utd Satu Hari Nanti

Mauricio Pochettino

Kedudukan Ole Gunnar Solskjaer dikatakan meruncing apabila beliau gagal membawa Manchester United mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di kedudukan empat pasukan terbaik.

Sekurang-kurangnya sebahagian daripada penyokong Manchester United dan pemerhati bola sepak berpendapat sedemikian.

Ini selepas United hanya mampu melakar dua kemenangan daripada 11 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan.

. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Pilihan Berbatov

Mengulas mengenai situasi yang dihadapi pasukan ketika ini, bekas penyerang United, Dimitar Berbatov tampil memberi pandangan beliau – mengenai siapakah pengurus paling layak mengendalikan pasukan Manchester United.

Berbatov mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan apabila beliau memilih Mauricio Pochettino sebagai pengurus yang akan menggantikan tempat Solskjaer selepas ini.

Menurut laporan tersebut, Berbatov tidak menolak kemungkinan yang Solskjaer berpotensi untuk dipecat sekirannya United masih menunjukkan prestasi yang hambar pada permulaan musim hadapan.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Bercakap kepada Dailymail, Berbatov mengakui Pochettino seorang pengurus yang hebat. Oleh itu beliau menganggap pengendali kelahiran Argentina itu adalah individu yang paling layak untuk menjadi pengurus di Old Trafford.

“[Mauricio] Pochettino adalah pengurus yang bagus.”

“Dia layak untuk menjadi pengurus di Old Trafford,” kata Berbatov.

Nama Pochettino menjadi pilihan kelab sejak pasukan itu berdepan kemelut prestasi di era Jose Mourinho.

Beliau disebut-sebut sebagai calon pilihan utama untuk menggantikan tempat Mourinho sebelum kelab itu memutuskan untuk melantik Solskjaer sebagai pengurus sepenuh masa dengan kontrak selama dua tahun.

Pilih United

Berbatov turut berkongsi pengalamannya ketika membuat keputusan untuk meninggalkan Spurs dan memilih untuk menyertai Manchester United pada tahun 2008.

Beliau amat berharap ianya dapat dijadikan contoh buat pengedali Tottenham Hotspurs itu dalam membuat keputusan mengenai masa depannya.

“Ia masih mengenai lencana, sejarah, pemain hebat masa lalu mereka dan Old Trafford – itulah nilai dan daya tarikan Manchester United.”

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 30: Dimitar Berbatov of Manchester United is challenged by Younes Kaboul of Tottenham during the Barclays Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on October 30, 2010 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Baiklah, anda akan berkata seperti ini ‘Tunggu sebentar, Spurs bermain di Liga Juara-Juara, stadium baru, tempat latihan yang hebat, pemain yang lebih baik.’ Tetapi, pada akhirnya, saya tetap akan memilih United.”

“United akan baik-baik sahaja. Mereka tidak berada pada fasa terbaik, namun mereka akan memenangi trofi dalam tempoh lima tahun?

“Ya. Itulah sebabnya saya menandatangani kontrak [sertai United], dan itu sebabnya saya mengikuti perkembangan United sehingga ke hari ini.”

Jangan takut

Berbatov mengakhiri temubualnya dengan memberi saranan kepada Pochettino.

Beliau berkata: “Adakalanya, anda harus keluar dari zon selamat [keluar Spurs], meskipun anda takut dengan impak dari perbuatan anda itu.

Pochettino sudah lama menjadi buruan United berikutan corak permainan menyerang yang diterapkan serta kecemerlangannya meningkatkan kualiti pemain muda berbakat – tetapi perkara itu kekal sebagai khabar angin sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013 lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN