Berapakah Hadiah Kemenangan Euro 2020 Jika Menjadi Juara Seperti Itali?

Negara-negara yang mengambil bahagian di kejohanan Euro 2020 mensasarkan untuk muncul juara, atau paling kurang memperagakan persembahan terbaik mereka. Tetapi berapakah jumlah wang kemenangan yang boleh diperolehi dari pertandingan ini?

Euro 2020 adalah kejohanan antara negara-negara anjuran UEFA edisi ke-16. Ia bukan sahaja menjadi perhatian peminat bola sepak dari rantau eropah, malah turut ditonton dan diikuti di serata dunia. Keadaan ini menjadikan kejohanan Euro antara kejohanan bola sepak terbesar dunia selepas Piala Dunia.

Daya tarikan Euro yang tinggi menjadikan ia kejohanan yang bernilai tinggi dengan tajaan dan nilai hak penyiaran yang mampu menjana wang berjuta-juta dolar. Dan nilai ini semakin meningkat dari kejohanan ke kejohanan edisi seterusnya.

Nilai hadiah kemenangan

Euro 2020 misalnya telah berjaya merekodkan peningkatan 23% nilai tajaan berbanding kejohanan edisi sebelum ini. Secara tidak langsung penganjur juga menyediakan nilai hadiah yang lebih tinggi kepada setiap pasukan bertanding dan pemenang.

Secara keseluruhan, UEFA menyediakan $437.22 untuk hadiah kemenangan Euro 2020, berbanding $358.26 pada kejohanan sebelumnya.

Seperti di kebanyakan kejohanan, pasukan yang pergi lebih jauh akan mendapat bayaran atau wang hadiah lebih tinggi.

Berpakah jumlah dimenangi Itali?

Juara kejohanan edisi ke-16, Itali akan membawa pulang maksimum hadiah kemenangan berjumlah $40.1 juta (RM168 juta). England yang muncul naib juara Euro 2020 pula akan membawa pulang sekitar $36.4 (RM152) juta.

Untuk kejohanan edisi ke-16, setiap pasukan yang betanding di peringkat kumpulan akan menerima $10.91 juta (RM45.7 juta). Ini tidak termasuk hadiah kemenangan $1.77 juta dan $884,000 jika seri. Jumlah yang lebih besar diterima setiap pasukan sekiranya menang di pusingan kalah mati.

Pecahan hadiah wang kemenangan adalah seperti berikut:

Juara: $11,797,100

Naib juara: $8,257,970

Separuh akhir: $5,898,550

Suku akhir: $3,834,057

Pusaingan 16: $2,359,420

Menang di peringkat kumpulan: $1,769,565

Seri di peringkat kumpulan: $884,782

Layak ke Euro 2020: $10,912,31

 

Baca artikel menarik lain mengenai Euro 2020:

Dua Gianluigi Yang Mencorakkan Kejayaan Itali

Analisis: Di Mana Silapnya England Dalam Aksi Final Euro 2020?

Kenali Pengadil Terkaya Dunia Yang Dipilih Adili Perlawanan Akhir Euro 2020

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN