Berada Di Tahap Terbaik, Van Dijk Sifatkan Liverpool Tidak Perlu Takut Ancaman Manchester United

Van Dijk

Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk menegaskan bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan oleh pasukannya bagi menanti asakan Manchester United ketika pertembungan di Anfield pada 17 Disember ini.

Walaupun skuad bimbingan Jose Mourinho itu kelihatan bergelut pada musim ini, The Red Devils dibarisi jentera serangan yang mampu menghadirkan bahaya buat pasukan lawan seperti Romelu Lukaku, Anthony Martial, Marcus Rashford dan Paul Pogba.

Bagi Van Dijk, ia tidak membimbangkan dan Liverpool perlu untuk kekal fokus terhadap kualiti dimiliki lawan dan menyifatkan Liverpool turut mempunyai keupayaan untuk membalasnya.

”Anda tahu apa yang akan anda hadapi. Kami berada di tahap yang terbaik, jadi kami tidak perlu takut dengan apa-apa ancaman, tetapi masih perlu berjaga-jaga.”

PARIS, FRANCE – NOVEMBER 28: Neymar Jr of PSG, Virgil Van Dijk of Liverpool, goalkeeper of Liverpool Alisson Becker (left) during the UEFA Champions League Group C match between Paris Saint-Germain (PSG) and Liverpool FC at Parc des Princes stadium on November 28, 2018 in Paris, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

”Mereka mempunyai pemain yang baik, terutamanya di bahagian hadapan (serangan), jadi kami perlu untuk bersedia untuknya.”

”Tetapi selain daripada itu kami perlu memainkan corak permainan kami, memastikan kami berada di atasnya dan meletakkan mereka di bawah tekanan.”

Selepas mengharungi 16 perlawanan, Liverpool menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan serta menjadi pasukan paling sedikit dibolosi (6 gol).

Liverpool kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 42 mata, manakala Manchester United di tangga keenam setelah mencatatkan 26 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN