Benzema Kutuk Giroud: “Jangan Samakan Go-Kart Dengan F1”

Dalam Instagram Live semalam, Karim Benzema berkata beliau adalah ‘kereta F1’ dan mengutuk Olivier Giroud adalah ‘go-kart’. “Anda tak boleh samakan kereta F1 dengan go-kart. Itu sebenarnya dah habis puji dah itu,” kata penyerang Real Madrid tersebut.

Benzema kali terakhir bermain Untuk Perancis pda tahun 2015.

Giroud pula beraksi dalam kesebelasan utama perlawanan terakhir Perancis ketika menentang Albania dalam kelayakan UEFA EURO 2020 pada 17 November 2019. Perancis menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Penyerang Chelsea itu juga beraksi dalam semua perlawanan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Perancis bergelar juara.

Beliau juga merupakan penjaring ketiga terbanyak Perancis sepanjang zaman di belakang Michel Platini dan Thierry Henry. Beliau sudah menjaringkan 39 gol dalam 97 penampilan antarabangsa bersama Les Bleus.

Bagaimanapun di sebalik pencapaian Giroud itu, Benzema berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan Giroud kerana beliau pemain yang lebih bagus.

“Saya tahu saya kereta Formula 1. Anda tak boleh samakan kereta F1 dengan go-kart. Itu dah habis puji dah itu.”

“[Giroud] menjadi kerana dia sahaja penyerang [Perancis]. Itu sahaja. Tak ada apa yang menarik pun.”

“[Antoine] Griezmann dan [Kylian] Mbappe nampak menyerlah bila [Giroud] main kerana dia tak boleh buat apa-apa yang menarik pun. Tapi adakah semua orang suka cara dia main? Saya tak tahu.”

Setakat ini Benzema telah mencatat lebih 500 penampilan sepanjang 11 musim berkhidmat untuk Real Madrid. Pada musim ini, beliau telah menjaringkan 19 gol daripada 32 penampilan.

Giroud pula baru bermula dalam lima perlawanan Premier League untuk Chelsea. Beliau beraksi dengan agak baik, menggantikan Tammy Abraham yang cedera dan menjaringkan dua gol daripada tiga perlawanan sebelum liga ditunda kerana penularan wabak COVID-19 di United Kingdom.

Benzema akan tukar negara?

Di peringkat antarabangsa, pintu Benzema untuk bermain bersama Les Bleus boleh dikatakan tertutup selepas kes peras ugutnya terhadap Mathieu Valbuena pada tahun 2015.

Kontroversi tersebut membuatkan ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps enggan lagi memanggil Benzema untuk tugasan skuad kebangsaan. Giroud menjadi pilihan Deschamps sejak itu.

Situasi menjadi bertambah buruk buat Benzema selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel le Graet berkata ‘perjalanan Benzema dengan skuad kebangsaan telah berakhir’.

Kenyataan ini membuatkan Benzema menjadi berang apabila beliau berkata ‘saya yang menentukan bila perjalanan saya dengan skuad kebangsaan berakhir’.

Sebelum ini Benzema ada menyatakan keinginannya untuk mewakili Algeria pula – negara asal kedua ibu-bapanya.

Tetapi isunya sekarang adalah, FIFA menetapkan seorang pemain tidak boleh mewakili lebih daripada sebuah negara jika telah bermain dalam perlawanan kompetitif.

Penyerang berusia 32 tahun ini telah bermain sebanyak 81 kali untuk Perancis, kebanyakannya perlawanan rasmi dan kompetitif.

Tetapi beliau masih ada sedikit harapan untuk mewakili Algeria berdasarkan dua dokumen FIFA.

Dokumen tersebut mengatakan pemain seperti Benzema boleh menukar negara jika Perancis menarik balik status kerakyatannya sebelum menghantar ‘permohonan bersebab bertulis kepada Sekretariat Jeneral FIFA’ yang dicop oleh Persatuan Bola Sepak Algeria.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Karim Benzema:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram