Bentornato Gianfranco Zola : Selamat Pulang Gianfranco Zola

Screenshot_2014-12-26-11-49-40-1

Bentornato Gianfranco atau dalam bahasa Melayu “Selamat Kembali Gianfranco”.Terpampang ayat tersebut di laman web rasmi kelab Cagliari Calcio.

Gianfranco Zola akan menggantikan Dzenek Zeman yang baru sahaja dipecat minggu ini selepas memacu Cagliari meraih hanya 2 kemenangan dari 16 perlawanan.Cagliari berada di tangga ke 18 liga (zon penyingkiran), dengan hanya Cesena dan Parma di bawah mereka.

1284937-27691411-1600-900

Gianfranco Zola
Selepas membuat 312 penampilan bersama Chelsea, Zola kembali ke wilayah beliau membesar Sardinia pada tahun 2003 untuk bermain bersama Cagliari.Beliau bermain selama lebih kurang 2 tahun sebelum bersara.

Zola sebelum ini pernah menjadi pengurus pasukan West Ham dan Watford.Ini merupakan tugas pertama beliau selepas meninggalkan Watford pada Disember 2013.

Zola akan memulakan tugas beliau pada Ahad ini selepas semua pemain Cagliari pulang dari cuti Krismas.Beliau akan dibantu oleh bekas penyerang itali, Pierluigi Casiraghi.

Pierluigi Casiraghi pernah bermain untuk Chelsea tetapi hanya dalam 10 perlawanan kerana kecederaan ACL selepas bertembung dengan penajaga gol West ham, Shaka Hislop.Kecederaan ACL tersebut memaksa beliau melupakan kerjaya dalam bola sepak.Kontrak beliau bersama Chelsea ditamatkan pada Mac 2002.

“Semoga Berjaya Zola & Casiraghi”

Kredit gambar : cagliaricalcio.net, sardegnalive.net

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram