Benni McCarthy Tekad Bimbing Cape Town City Sebaik Mungkin

Bekas penyerang Afrika Selatan, Benni McCarthy mahu membawa kelab bimbingannya, Cape Town City mara lebih jauh. Cape Town City menewaskan kelab dari Swaziland, Young Buffaloes dalam saingan CAF Confederation Cup melalui agregat 2-0.

Dalam temuramah disiarkan di BBC, Benni mahu serius dengan semua kejohanan disertai kelabnya itu. Semua kejohanan amat penting dan jika memenanginya, ia boleh dimuatkan dalam ‘CV’ nya.

Kelab bimbingan beliau, Cape Town City menduduki tangga ketiga South African Premier Soccer League musim lalu. Ia sekaligus menawarkan tempat ke CAF Confederation Cup.

Bukan Piala Mickey Mouse

TP Mazembe dari DR Congo menjuarai CAF Confederation Cup pada musim lalu. Sumber: Times LIVE.

Rungutan telah timbul dari segelintir pihak di Afrika Selatan mengenai kewangan bagi menyertai kejohanan anjuran CAF.

Sedangkan mereka boleh berusaha bermain dengan baik di kejohanan tersebut. Kemenangan dalam kejohanan itu menjanjikan ganjaran tunai jika dapat beraksi di peringkat lebih jauh.

Katanya lagi, ia merupakan pelaburan berbaloi dan kejohanan seperti itu bukanlah seperti Piala Mickey Mouse.

CAF Confederation Cup merupakan kejohanan kedua untuk kelab-kelab Afrika. Ia boleh disamakan dengan UEFA Europa League, CONMEBOL Copa Sudamericana dan AFC Cup.

Menariknya juga, pemenang kejohanan musim ini bakal diberi tiket untuk beraksi dalam CAF Champions League musim hadapan. Ya, ia menuruti langkah diamalkan di Eropah.

Tetapi, juara CAF Champions League sahaja yang dapat beraksi dalam saingan FIFA Club World Cup.

Karier Benni McCarthy

Pemain legenda Afrika Selatan ketika era bersama Rovers. Sumber: SportsClub.

Ramai mengenang beliau sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak Afrika Selatan itu. Beliau telah menjaringkan 31 gol untuk karier internasional.

Penyerang ini dikenali ramai kerana aksi memukau bersama Blackburn Rovers pada 2006 hingga 2010. Pada musim 2006-07, beliau menjaringkan 18 gol liga untuk Rovers dan menjadi penjaring kedua terbanyak liga pada ketika itu.

Bekas pemain Porto dan West Ham ini dilantik sebagai pengurus Cape Town City pada pertengahan tahun lalu. Beliau dilantik bagi menggantikan Eric Tinkler.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi pembantu jurulatih bagi kelab Belgium, Sint Truiden. Satu percubaan yang bagus, Benni!

Kami harap anda akan membawa kembali nama Afrika Selatan ke pentas antarabangsa. Selamat berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN