Benjamin Mora Mahu JDT Kalahkan Kedah Dalam Masa 90 Minit

Kerjasama Semuanya BOLA

Benjamin Mora

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengatakan yang beliau mahu pasukannya menumbangkan Kedah Darul Aman (KDA) dalam masa 90 minit sahaja malam ini.

Bercakap dalam sidang media pra-perlawanan Piala Sumbangsih 2021 antara kedua-dua pasukan, Mora mahukan pasukannya menumbangkan KDA sebelum perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Hal ini kerana, beliau sedar akan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan utara Malaysia itu dan yang jelas sekali mampu memberikan cabaran getir kepada skuadnya.

“KDA merupakan pasukan yang bagus dan dibimbing oleh Aidil Shahrin Sahak.”

“Mereka mempunyai pemain serangan yang berkualiti dan boleh menjadi agresif jika mereka mahu,” kata Mora menerusi Sinar Harian.

Pada Mora, ianya tidak asing lagi yang KDA begitu mahukan kemenangan ke atas JDT pada malam ini.

Oleh kerana itu, beliau mengingatkan skuadnya agar berhati-hati dan berikan persembahan terbaik agar mereka mendapatkan piala serta tiga mata penuh malam ini.

Dalam masa yang sama, Mora turut mahukan anak-anak buahnya menumbangkan KDA dalam masa 90 minit dan tidak pergi ke penentuan sepakan penalti.

Beliau yang tidak gemarkan penentuan sepakan penalti kerana ianya sering memberikan keresahan kepadanya.

“Ianya buatkan saya berasa cemas, oleh itu kami mahu tamatkan perlawanan ini dalam tempoh 90 minit.”

JDT akan bertemu KDA dalam aksi pembukaan Liga Malaysia 2021 di Stadium Sultan Ibrahim jam 9 malam ini.

Baca juga artikel kami mengenai Benjamin Mora:

Cemerlang Bersama JDT, Benjamin Mora Terima Anugerah Kehormat Mexico

Benjamin Mora: JDT Tiada Tuah!

TMJ Beri Sebab Kenapa Benjamin Mora Dapat Kontrak Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply