Sah! Benjamin Mora Pengendali Baru JDT, Ini Adalah Aspirasi Dan Cabaran Beliau

Ketua Jurulatih JDT II dinaikkan pangkat ke pasukan utama dengan jawatan yang sama. Ia adalah langkah yang terbaik untuk JDT buat masa ini.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media TMJ bersama dengan peminat bola sepak sebentar tadi.

JDT dikatakan gagal mencapai kesepakatan dengan Mario Gomez apabila ada beberapa permintaan Gomez tidak mampu dituruti oleh kelab tersebut.

Cara terbaik adalah, kedua-dua pihak memilih untuk berpisah atas persetujuan bersama. Pada Disember lalu mereka sudah mengumumkan untuk mengurangkan kos pentadbiran dan pengurusan.

Itu yang menyebabkan kontrak Diaz tidak disambung. Manakala, Lucero dijual kerana ada tawaran yang baik daripada kelab luar.

Perlantikan Benjamin Mora!

Perlantikan Benjamin Mora tidak melibatkan proses yang terlalu rumit. Mereka cuma perlu mempromosi ketua jurulatih JDTII ini ke pasukan utama. Tugas Benjamin Mora di JDTII akan diserahkan kepada Hamzani Omar.

Benjamin Mora mengendalikan pasukan JDTII sejak Disember 2015. Beliau berjaya membantu JDT II menamatkan saingan Liga Premier di tannga ke-3 dengan kudrat ramai pemain muda.

sumber foto: JST

Beliau sebelum ini pernah dihantar oleh JDT ke Atletico Madrid untuk mendalami aspek pengurusan bola sepak dengan lebih mendalam.

TMJ juga menggariskan isu falsafah taktikal yang segar dalam pasukan JDT dengan perlantikan Benjamin Mora. Ini adalah kenyataan daripada Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards yang dipetik dari laman Johor Southern Tigers:

” Pelan jangka panjang JDT sentiasa mementingkan untuk mendidik, membangunkan dan memberi peluang kepada mereka yang berkhidmat di dalam keluarga JDT.”

“JDT II bukan sahaja memberi tumpuan untuk membangunkan bakat pemain muda tetapi juga untuk para jurulatih.”

“Benjamin Mora telah membuktikan keupayaan beliau dengan bajet yang rendah berupaya untuk membantu JDT II bermain mengikut falsafah JDT.”

“Benjamin juga telah dihantar berlatih di Atletico Madrid selama sebulan sewaktu “off season” sebagai sebahagian daripada pembangunan profesional dirinya untuk persediaan mengambil tugasan ini.”

“Visi dan falsafah kelab adalah amat penting di dalam apa saja yang kita lakukan di JDT.”

“Keputusan untuk Mario Gomez dan kelab membawa haluan masing-masing dilakukan demi visi dan falsafah yang mendorong kelab untuk menuju kehadapan.”

Falsafah bola sepak

Karakter Benjamin Mora adalah lebih kepada jurulatih yang menggemari bola sepak moden. Beliau juga gemar menggunakan pendekatan serangan dari arah sayap dengan sistem penyerang sayap.

Benjamin Mora

Benjamin Mora menekankan aspek penguasaan bola di bahagian tengah. Namun harus diingat sebelum ini di JDTII tugas utama beliau adalah untuk membangunkan bakat-bakat di dalam pasukan tersebut terutama bakat muda.

Ia untuk dinilai oleh pengurusan JDT untuk dipromosi ke dalam pasukan utama. Ia adalah tugasan serampang 2 mata.

Dalam artikel sebelum ini kami menekankan tipikal Benjamin Mora adalah jurulatih yang membangunkan bakat muda.

Dengan skuad JDT 2017 dipenuhi ramai pemain muda, maka Benjamin Mora adalah pilihan yang baik untuk mengemudi skuad ini. TMJ juga yakin Benjamin Mora akan mampu membawa pembaharuan di dalam sistem taktikal pasukan.

Cabaran

Ia tugasan yang besar untuk Benjamin Mora. Beliau tahu harapan (expectation) yang ada di kelab JDT. Beliau sudah lama di sini.

Pada masa yang sama Mario Gomez meletakkan penanda aras yang agak tinggi ketika meninggalkan kelab ini. Beliau adalah jurulatih juara.

Antara misi JDT adalah cuba untuk layak ke ACL 2017. Pada 20 Januari ini ada perlawanan Piala Sumbangsih di antara JDT dan Kedah. Ia adalah cabaran pertama Benjamin Mora sebagai ketua jurulatih.

Mora pastinya mengharapkan beliau dapat memperbaiki banyak aspek di dalam pasukan JDT musim 2017. Dalam beberapa aksi persahabatan, mereka masih gagal menemui sistem yang stabil di dalam pasukan.

Secara realistiknya, Benjamin Mora memerlukan sedikit masa untuk membentuk pasukan beliau sendiri.

Pasti ramai tidak sabar untuk menunggu sentuhan pertama Mora bersama JDT.

Benjamin Mora teruja!

Benjamin Mora sudah pasti teruja dengan perlantikan ini. Ini adalah kenyataan beliau yang dipetik dari JST:

“Tibalah hari terakhir persiapan saya di Madrid, dalam memerhatikan secara terperinci setiap sesi latihan dan corak permainan Atletico Madrid.”

“saya ingin menzahirkan rasa hormat dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga JDT, khususnya sebagai Ketua Jurulatih JDT II.”

“Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada DYAM Tunku Mahkota Johor yang telah menghantar saya ke sini.”

“Dan menjadikan perkara ini berjaya serta memberikan nilai yang hebat dalam persediaan dan kesemua aspek profesionalisme yang dimiliki oleh kelab ini termasuk kakitangan dan para pemain.”

“DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengubah dan memperbaiki cara berfikir semua individu yang mengambil bahagian dalam projek baginda.”

“Bukan sahaja bertujuan untuk menang, tetapi untuk menguasai permainan, dan kami akan memastikan ini akan berlaku.”

Selamat Bertugas Coach Benjamin Mora!

Baca juga: Mario Gomez Tinggalkan JDT, Mora Bakal Pengganti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN