Benjamin Mora: JDT Perlu Pertingkatkan Persembahan

Kerjasama Semuanya BOLA

Mora

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora nyata tidak gusar dengan aksi yang kurang bertenaga ditampilkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi CIMB Liga Super Malaysia 2020 bertemu PDRM FA tempoh hari.

Pengendali kelahiran Mexico itu berasakan situasi tersebut adalah satu perkara normal walaupun mereka berdepan kesukaran yang tinggi untuk menewaskan PDRM, memandangkan mereka adalah juara bertahan buat kali keenam berturut-turut.

Aksi itu juga menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Bryan See Tian Keat mencuri tumpuan dengan ketangkasan yang dipamerkannya sepanjang perlawanan.

Penyerang JDT, Diogo Luis Santo muncul wira pasukannya pada minit-85 apabila mudah menolak masuk bola umpanan Nazmi Faiz yang pantas menyambar bola dari sebelah kiri berpunca daripada sepakan penalti diambil Diogo sebelum itu yang mengenai tiang.

“Kami telah berdepan banyak situasi seperti ini dalam perlawanan lalu dan lawan melakukan kerja rumah yang begitu mendalam terhadap kemampuan terhadap pemain kami.”

“ JDT adalah pasukan yang mahu untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan dan kami boleh terima hakikat itu, cuma sekarang buat pasukan, kami kena tingkatkan lagi persembahan terutama pada aspek sentuhan penyudah serta corak permainan.

“ Pemain-pemain baharu yang baharu sertai kami sedang cuba menyesuaikan diri lagi dengan pasukan ini tetapi saya tidak mahu jadikan itu alasan cuma apa yang penting kami meraih tiga mata serta sembilan mata secara keseluruhan dalam pertandingan ini, ” ujar Mora lagi.

Meskipun mempamerkan corak permainan tidak seperti kebiasaan, JDT menjadi pasukan tunggal yang mencatatkan rekod kemenangan bersih selepas mengharungi tiga perlawanan liga untuk menghuni tangga teratas.

Perak yang mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas PJ City FC di laman sendiri berada di tangga kedua selepas mengumpul tujuh mata.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply