Benjamin Mora: JDT Mahu Jadi Juara Sejak Perlawanan Pertama Lagi

Benjamin Mora JDT Liga Super

Kini selesa mendahului enam mata mengatasi pencabar terdekat Terengganu dalam saingan Liga Super, Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora masih mengambil pendekatan tenang dan merendah diri.

Kelebihan itu diraih selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Selangor dan kekalahan 2-0 Terengganu kepada Melaka United dalam aksi yang berlangsung pada Rabu.

Di atas kertas, kelebihan jelas memihak kepada skuad Harimau Selatan itu memandangkan baki tujuh perlawanan liga menyaksikan mereka hanya perlu berdepan satu sahaja pasukan yang berada di kedudukan empat teratas.

Bagi Mora, ia adalah satu kombinasi biasa dalam bola sepak apabila berlakunya keputusan berbeza di mana pasukannya menang dan pesaing terdekat tewas.

Namun Mora beranggapan ia bukanlah satu jaminan untuk pasukannya mengambil mudah sebelum memikirkan gelaran juara liga buat kali kelapan berturut-turut.

“Saya rasa kami memang mahu muncul juara sejak dari perlawanan pertama lagi, tapi hakikatnya perjalanan kami masih jauh,” ujar jurulatih warga Mexico itu dalam sidang media selepas perlawanan.

“Kita tidak tahu mungkin akan berlaku kejutan oleh mana-mana pasukan walaupun mereka berada di kedudukan bawah, berdepan JDT mereka akan beri tentangan 150 peratus, kita perlu berhati-hati untuk setiap satu perlawanan ke satu perlawanan.”

Bercakap mengenai pemilihan kesebelasan utama pasukan, jurulatih berusia 42 tahun itu menegaskan walaupun pasukan itu mempunyai deretan pemain bintang, beliau akan menurunkan pemain yang berada pada prestasi terbaik.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply