Bengang Dikritik Kerana Seri Dengan Spurs, Ini Respon Allegri

Massimiliano Allegri terkejut dengan kritikan ke atas Juventus selepas diikat Tottenham Hotspur di tempat sendiri dalam pusingan 16 pasukan terakhir UCL.

Juventus mendahului 2-0 menerusi 2 gol Gonzalo Higuain. Namun Spurs bangkit dan perlawanan berakhir seri 2-2.

Dalam perlawanan ini, Juventus ditekan oleh Spurs sepanjang perlawanan. Spurs pastinya berpuas hati membawa pulang 2 jaringan gol di tempat lawan.

Kritikan mulai menghujani Juventus. Ada yang mengkritik taktikal Allegri sebagai punca mereka gagal menewaskan Spurs. Allegri tidak mahu duduk dian dan membidas pengkritik yang mengkritik teruk Juventus.

Menurut Allegri, mereka menghentam seperti Juventus kalah 8-0 dalam perlawanan tersebut.

“Jika anda rasa Juventus boleh menang perlawanan ini dengan 4-0, anda sudah jauh menyimpang. Tottenham pasukan yang baik dan ini perlawanan yang sukar.”

“UCL adalah impian dan objektif setiap pasukan namun untuk memenanginya, tak mudah. Saya rasa ramai orang dah hilang objektif di sini.”

“Juventus bermain untuk menang tetapi kami bukan pilihan. Anda tidak boleh sampai ke final setiap tahun.”

“Kami dilayan (pengkritik) dengan teruk seperti kami kalah 8-0. Nampaknya kami perlukan doktor yang bagus, bukan seorang, tetapi ramai untuk merawat kami.”

“Bola sepak memang macam ini, kami daripada keadaan boleh mendahului 3-0 kepada 2-1 dan kemudian Tottenham menyamakan kedudukan 2-2.”

Allegri yakin yang Juventus masih mampu untuk mengatasi cabaran Tottenham Hotspur pada pusingan kedua di Wembley selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN