Benarkah Wijnaldum Tinggalkan Anfield Kerana Tak Tahan Perangai Penyokong Liverpool?

Gini Wijnaldum secara rasmi meninggalkan Liverpool pada 1 Juai 2021 selepas lima tahun bersama kelab Mersesyside itu.

Pemain antarabangsa Belanda itu menyertai Paris Saint-Germain di Ligue 1 dan dilaporkan menerima sekitar £300,000 seminggu.

Punca sebenar perpindahan

Sebelum ini Wijnaldum pernah dilaporkan bakal ke Barcelona, tetapi menukar fikiran pada saat akhir untuk menyertai PSG.

Keputusan itu dikhabarkan ada kaitan dengan jumlah bayaran yang ditawarkan kepada beliau oleh kedua-dua kelab tersebut.

Sejauh manakah wang menjadi punca Wijnaldum meninggalkan Anfield? Ketika bersama skuad Belanda di Euro 2020, Wijnaldum berjanji akan mendedahkan punca sebenar beliau meninggalkan Anfield. Rata-rata penyokong berpendapat tindakan beliau disebabkan kegagalan FSG memenuhi kehendak kewangan pemain itu.

Namun dalam satu temubual bersama TimesSport baru-baru ini, Wijnaldum yang lebih dikenali dengan panggilan Gini  menyalahkan penyokong sebagai punca utama beliau berbuat demikian.

Semua salah saya

Melalui temubual tersebut, Wijnaldum berkata setiap kata makian yang diterima beliau di media sosial menjadi punca beliau mengambil keputusan untuk berhijrah.

“Apabila perkara menjadi tidak kena, saya akan menjadi pemain yang disalahkan  – bahawa saya mahu pergi.

“Di media sosial apabila kami [Liverpool] kalah, saya akan dipersalahkan. Ada ketikanya saya berfikir: “Wow. Jikalau mereka tahu apa yang telah saya korbankan untuk kekal cergas pada setiap perlawanan.” Jika pemain lain mungkin mereka akan berkata: “Ok, saya kurang cergas [untuk bermain].”

“Anda akan melihat pemain pada tahun terakhir mereka yang akan berkata: “Saya tidak akan beraksi kerana ia berisiko.” Saya pula melakukan perkara sebaliknya,” ujar Wijnaldum dengan nada geram.

Wijnaldum bagaimanapun memuji penyokong Liverpool yang hadir memberikan sokongan di Anfield.

“Pendapat saya penyokong yang hadir ke stadium dan penyokong yang sekadar memekak di media sosial adalah dua jenis penyokong yang berbeza. Mereka yanh hadir ke stadium sering memberikan sokongan tidak berbelah bahagi setiap kali mereka kembali ke stadium.

“Walaupun mereka sudah tahu saya akan pergi, mereka terus memberikan sokongan. Akhirnya, mereka memberikan perpisahan yang saya sukar lupakan.”

Nafi pindah kerana wang

Wijnaldum turut merungkai tanggapan beliau pergi meninggalkan Liverpool kerana mengejar wang semata-mata.

“Terdapat cerita bahawa Liverpool membuat tawaran [kontrak baharu] yang saya tidak terima kerana saya mahukan bayaran lebih tinggi. Dan ada penyokong pula terus berpendapat: “Ok, dia tidak ditawarkan apa yang dipinta, maka dia tidak memberikan yang terbaik untuk memenangi perlawanan.”

“Tanggapan tersebut diikuti oleh beberapa keputusan buruk dan semuanya tiba-tiba seperti tidak kena mengenai saya. Ada ketikanya saya bekata kepada diri: “Wow, saya lagi? Padahal perkara sebegini amat kolektif.

“Tetapi rakan sepasukan tidak pernah bertindak seolah-olah saya yang menyebabkan situasi tersebut. Tidak ada perasaan tidak selesa dan semuanya bagus di dalam pasukan.”

Agak sukar untuk menerima kenyataan dari Wijnaldum yang mendakwa penyokong menjadi punca beliau meninggalkan Anfield.

Seperti kita semua ketahui, Liverpool memiliki kumpulan penyokong terbaik di muka bumi ini. Ia tidak mungkin begitu, tetapi hakikatnya itulah perkara yang keluar dari mulut bekas pemain Liverpool sendiri.

 

Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antarabangsa melalui pautan:

Tak Dapat Nombor 7, Sancho Pilih ’25’ Kerana Ikut Teori Ivan Zamorano?

Senarai Urusniaga Yang Membuktikan RB Leipzig Adalah Pakar Perpindahan

Wijnaldum Ke PSG Kerana Pochettino, Nafi Dipengaruhi Wang Lumayan

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN