Benarkah Rozaimi Abdul Rahman Sudah ‘Mendarat’ Di Kedah?

rozaimi-abdul-rahman-jdt-kedah-2021

Selepas timbul konflik bersama Sabah FC, bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Rozaimi Abdul Rahman dikatakan sudah menerima lamaran Kedah Darul Aman FC.

Kira-kira seminggu lalu, Rozaimi ada menyatakan beliau sudah menerima lamaran sebuah pasukan yang bersaing di Liga Super namun menolak untuk memberikan perincian mengenai pasukan tersebut. Dan menurut maklumat yang dikongsi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain itu bakal menyertai Kedah.

Rozaimi pernah menyatakan yang beliau keluar daripada JDT untuk memburu minit permainan di saingan tertinggi Liga Malaysia (Liga M) bagi membolehkannya terpilih untuk bersama skuad kebangsaan. Memang menjadi impiannya untuk kembali setelah hanya tampil dalam empat perlawanan, walaupun menyerlah di skuad B-23 negara.

Ketika boleh dikatakan berada di kemuncak karier, Rozaimi mengalami kemalangan jalan raya yang serius sehingga hampir menjejaskan kariernya. Namun, JDT telah mengambil alih proses pemulihannya seterusnya digunakan untuk beberapa musim bersama JDT II di saingan Liga Premier. Kini, beliau mahukan haluan baharu.

Dalam perkongsian di Instagramnya, Rozaimi seakan-akan sudah mendedahkan beliau telah tiba di Kedah menerusi kenyataan, “Tuu dia bak ang buat swab test.” ‘Bak ang’ adalah antara gaya percakapan loghat di Kedah dan sebelum itu pemain berusia 28 tahun itu dilihat telah memuat naik rasa kesyukurannya berserta gambar helang.

Rozaimi Abdul Rahman Kedah 2021
FOTO: Instagram Rozaimi Abdul Rahman

Pemain yang pernah meraih gelaran Pemain Muda Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2012 itu, pada usia mudanya merupakan penyerang yang amat berbahaya dan mungkin kini, beliau mahu memastikan sentuhannya itu kembali.

Pada hematnya, mungkin beliau melihat Kedah sebagai pasukan yang berpotensi untuk mengembalikan semula sentuhannya dengan pengendali Aidil Sharin Sahak diketahui bijak mengatur dan menggunakan pemain mengikut kesesuaian mereka.

Selain bersaingan di saingan tempatan, Kedah juga akan tampil sebagai wakil negara dalam saingan Piala AFC 2021 dan ini yang pastinya menjadi daya penarik yang terbaik buat penjaring terbanyak pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-22 2013.

Setakat ini, belum ada pengumuman rasmi mengenainya, namun dijangkakan, ianya bakal berlaku dalam tempoh seminggu lagi apabila kelibat Aidil Sharin sudah dilihat tiba di bumi Alor Setar, semalam. Pastinya, selepas tamat tempoh kuarantin wajib selama 10 harinya, Kedah akan mendedahkan senarai skuad mereka musim 2021.

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel lain mengenai Rozaimi Abdul Rahman dan Kedah Darul Aman FC:

3 Intipati Mengenai ‘Pertelingkahan’ Antara Rozaimi Abdul Rahman, Sabah FC

Rozaimi Abdul Rahman Mahu Bermain Di Liga Super Lepas Tinggalkan JDT

Kedah Dikhabarkan Akan Kecilkan Skuad Utama Kepada 25 Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN