Benarkah Mohamadou Sumareh ‘Hilangkan Diri’ Seperti Di Pahang?

Mohamadou Sumareh Police Tero FC 2020 PBNP Tidak Betul Gantung Pahang

Belum reda kesnya bersama Sri Pahang FC yang sudah berlanjutan ke Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA), Mohamadou Sumareh hadir lagi dengan masalah.

Sumareh dikatakan telah meninggalkan pasukannya yang bersaing di Thai League 1, Police Tero selepas kontraknya dikatakan tidak akan dilanjutkan. Sejak berada di sana bermula September lalu, pemain naturalisasi pertama negara itu hanya sempat tampil beraksi dalam empat perlawanan dengan hanya 111 minit permainan.

Ke mana beliau menghilangkan diri, tidak dapat dipastikan. Pihak media dikatakan masih gagal untuk mendapatkan kenyataannya berhubung perkara tersebut.

Goal.com Thailand sebelum itu mendedahkan mengenai kontrak pemain berusia 26 tahun itu yang tidak akan dilanjutkan oleh Police Tero sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mengangkat kaki meninggalkan pasukan.

Memetik laporan di laman sesawang tersebut mengenainya, “Sumareh tidak bersama Police Tero selepas tidak ditawarkan kontrak lanjutan daripada pasukan itu. Bintang Gambia itu dilaporkan menjalani persiapan untuk kembali ke Malaysia.”

Walaubagaimanapun, hasil semakan di laman Instagram Sumareh, beliau masih memuat naik InstaStory di kelab tersebut. Jadi, adakah benar beliau sudah meninggalkan pasukan sebagaimana yang pernah dilakukannya di Pahang?

Sekitar Ogos lalu, Sumareh didapati menghilangkan diri dan gagal melapor diri untuk sesi latihan pasukan selepas saingan Liga Malaysia kembali dibenarkan.

Dikatakan Sumareh telah menggunakan salah satu klausa di dalam kontraknya yang membolehkannya meninggalkan pasukan jika terdapat masalah tunggakan gaji. Namun, perkara itu telah disangkal oleh pihak pengurusan Pahang.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan siapa yang berada di pihak yang benar dan kedua-dua pihak masih menanti keputusan FIFA berhubung isu ini.

Jadi, persoalan besar kini, ke mana hala tuju pemain sayap tersebut? Dengan saingan Liga Malaysia bakal kembali tidak lama lagi, tampak seakan-akan destinasi Sumareh kini adalah ke Selatan tanah air. Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dilihat tidak menafikan ‘ruang’ buat Sumareh di JDT.

Bercakap dalam sebuah rancangan terbitan Astro Arena, [email protected], TMJ ada menyatakan, “Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang [Tengku Abdul Rahman].”

“Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak,” jelas TMJ.

KREDIT FEATURED IMAGE: POLICE TERO FC

Baca lagi artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh:

Mohamadou Sumareh Hilang, Unsur Luar Atau Masalah Dalaman?

Pengurus Pahang Dedahkan Sebab Kelewatan Gaji Mohamadou Sumareh

Tindakan PBNP Tidak Betul, Mereka Tiada Kuasa Pun Untuk Gantung Sumareh

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply