Ben Arfa Mahu Saman PSG Kerana Arahkan Berlatih Dengan Pasukan Simpanan

Peguam Hatem Ben Arfa telah membuat kenyataan umum bahawa, beliau telah menasihati agar anak guamnya menyaman PSG. Hateem Ben Arfa dikatakan bersetuju dan dalam proses menfailkan saman ke atas PSG.

Ini selepas Ben Arfa diarahkan berlatih dengan pasukan simpanan dan bermain untuk skuad simpanan .

Peguam Ben Arfa, Jean-Jacques Bertrand berkata yang Ben Arfa akan menjadi Neymar jika bermain di Liga Simpanan.

Ben Arfa terlalu bagus untuk bermain di situ. Ben Arfa menyertai PSG selepas aksi cemerlang membantu Nice. Ramai pemerhati bola sepak meramalkan ia memang langkah yang silap.

Ini kerana Ben Arfa baru bangkit semula menjadi salah seorang pemain terbaik di Perancis ketika itu. Ben Arfa yakin yang beliau akan menjadi pemain penting di PSG.

Seperti yang dijangka, Ben Arfa bergelut untuk memasuki pasukan utama. PSG terpaksa menandatangani Draxler untuk menampung kualiti di serangan.

Ben Arfa bukanlah teruk sangat kerana musim lalu pemain ini bermain 34 perlawanan, menjaringkan 17 gol dan 6 ‘assist’. Namun dengan kualiti yang ada pada PSG, beliau sudah pastinya cerita yang berbeza.

‘Expectation’ di sini jauh lebih tinggi. Lihat sahajalah pemain yang mereka beli selepas itu. Musim ini, lagilah sukar dengan adanya Neymar dan Mbappe di dalam pasukan mereka.

PSG sudah memberikan kebenaran untuk Ben Arfa mencari kelab baru pada pra musim lalu dengan Fenerbahche dikaitkan dengan beliau.

Namun perjanjian itu gagal mungkin kerana gaji yang ditawarkan Fenerbahche jauh lebih rendah daripada apa yang beliau dapat di PSG.

Kini, peguam beliau menuduh PSG menguruskan anak guamannya dengan cara tidak betul.

“Kami meminta kelab menghormati tanggungjawab mereka. Sangat jelas apa yang berlaku kepada Hatem dalam persekitan kerja beliau di sini (tidak bagus).”

Hatem Ben Arfa telah dihubungi oleh pihak kelab untuk melapor diri dengan pasukan simpanan dan disingkirkan daripada pasukan yang bermain menentang Bayern.

Namun Betrand faham jika PSG menyisihkan Ben Arfa daripda skuad UCL, cuma beliau kecewa dengan arahan untuk Hatem Ben Arfa diarahkan bermain untuk pasukan simpanan adalah satu penghinaan.

Kini Ben Arfa dalam keadaan sukar dalam usaha beliau yang mahu kembali semula dalam skuad Perancis. Sebelum ini, beliau dipanggil semula ke kem Perancis selepas aksi cemerlang dengan Nice.

Kes yang sama pernah berlaku kepada Luyindula. Pemain tersebut menggunakan hak perundangan untuk meminta kembali berlatih dengan pasukan utama PSG. Dan Luyindula menang dalam kes tersebut.

Adakah Ben Arfa akan berjaya dalam tuntutan ini?

Mungkin Januari ini, Ben Arfa harus berpindah ke pasukan yang menawarkan beliau tempat dalam pasukan utama. Pedulikan dahulu soal wang jika beliau serius mahu kembali dalam skuad Perancis dalam Piala Dunia 2018.

Anthony Martial pun sukar menjdi pemain utama dalam skuad Perancis. Apatah lagi pemain yang tidak bermain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN