Belum Ada Kelab Luar Hubungi Tentang Faisal Halim, Cerita Betul Atau Sekadar Rekaan?

Faisal Halim tawaran luar negara rekaan atau betul

Semua pastinya masih ingat khabar angin yang dicetus oleh Joe Estrada Sports Agency mengenai pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain sebulan yang lalu dan adakah khabar Faisal Halim ini juga rekaan pihak tersebut?

Sebagaimana ketika melontarkan posting mengenai masa depan Nafuzi Zain sebelum ini, ejen agensi tersebut, Joe Berbatov turut melakukan perkara yang sama, memuat naik status mengenai perkara itu di laman sosial.

Jika sebelum ini beliau menggunakan medium Instagram, untuk pemain sayap lincah Terengganu itu, Joe Berbatov menggunakan medium Twitter pula. Ciapnya, “Saya mendapat 2 panggilan dari ejen luar negara untuk Faisal Halim selepas perlawanan persahabatan antarabangsa negara menentang Jordan baru ni. Tahniah.”

Perkara itu mendapat liputan meluas daripada pihak media. Menambahkan sensasi apabila pemain tersebut turut berkata, beliau berminat untuk bermain di luar negara. Tetapi, sehingga kini, tiada perkembangan lain.

Tiada mana-mana kelab luar negara yang menghubungi Terengganu, malah Joe Berbatov memaklumkan belum ada hitam putih mengenai perkara ini. Begitupun, beliau tegaskan khabar ini bukanlah rekaan pihaknya.

Kepada Cakap Sukan, Joe Berbatov berkata, “Memang betul ada ejen dari Sepanyol yang merisik Faisal dan bertanyakan mengenai kontraknya, bagi saya jika ada pertanyaan seumpama ini sudah tentu mereka berminat. Setakat ini kami belum menerima surat tawaran rasmi atau dengan kata lain tiada hitam putih.”

Menurutnya, perbincangan hanya akan dilakukan setelah mendapat tawaran rasmi daripada kelab tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Terengganu, Mohd Sabri Abas berkata, mereka gembira dengan khabar itu dan bersedia melepaskan Faisal Halim ke kelab luar negara demi perkembangan karier pemain tersebut.

Ujarnya kepada Berita Harian, “Situasi sekarang pemain itu masih milik TFC, ini kerana selepas lebih seminggu berita berkenaan pemain itu dikatakan dirisik ejen kelab luar negara tersebar, sehingga kini belum ada lagi ejen yang datang ataupun hubungi pihak pengurusan untuk berbincang mengenai kontrak pemain itu.”

“Kami menerima berita itu dengan penuh kegembiraan sekiranya benar-benar terjadi, walaupun Mickey [Faisal] masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan, kami tidak akan teragak-agak untuk lepaskan pemain itu demi perkembangan kerjayanya dan pasukan negara biarpun dia salah seorang pemain tonggak kami.

“Lagipun peluang untuk mencipta nama di luar negara bukannya mudah dan itu peluang terbaik buatnya dan mungkin juga kepada pemain lain yang bercita-cita beraksi di pentas antarabangsa,” ujar Mohd Sabri lagi.

Namun, adakah ejen yang dilabel sebagai parasit oleh Ultras Tranung ketika kes Nafuzi Zain itu boleh kembali dipercayai? Mereka pernah menuntut agar pengurusan tidak membenarkan ejen itu mendekati pasukan.

Sebagaimana pihak pengurusan Terengganu yang gembira dengan khabar tentang Faisal Halim, arena bola sepak negara turut menyambut perkhabaran itu dengan rasa gembira, namun, adakah ia benar atau rekaan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN