Fabio Capello Yakin Andrea Belotti Mampu Jadi Sehebat Gabriel Batistuta

Bekas pengendali England, Fabio Capello yakin yang prospek hangat di Serie A iaitu Andrea Belotti mampu menjadi pemain lagenda satu hari nanti.

Belotti yang kini berusia 23 tahun merupakan penjaring terbanyak saingan Serie A musim ini dengan 23 gol.

Bakat dan potensi yang diberikan oleh Belotti di atas padang telah menarik minat pelbagai kelab utama di serata Eropah.

Sehebat Batistuta

Ketika ditanya mengenai potensi sejauh mana Belotti mampu capai, Capello tidak teragak-agak untuk mengatakan yang pemain Torino itu mampu menjadi pemain sehebat lagenda Argentina – Gabriel Batistuta.

“Beliau adalah salah seorang penyerang terbaik di Eropah ketika ini.”

“Gaya dan pergerakan beliau menggambarkan yang beliau mampu melakukan apa sahaja yang beliau mahu.”

Mungkin apa yang dikatakan oleh Capello itu tidak cukup jelas, mungkin kita perlukan gambaran lebih jelas dari beliau mengenai pandangannya terhadap Belotti?

“Belotti seorang yang cukup pantas dan juga hebat.”

“Secara teknikalnya, beliau lebih bagus daripada Batistuta!”

Belotti (GETTY)

Tiada lagi yang nak ditawarkan

Bercakap mengenai Batistuta, Capello membuka cerita mengenai masanya ketika menjadi pengurus AS Roma.

Ketika itu, 20 gol dari pemain tersebut berjaya memberikan gelaran Serie A kepada AS Roma pada tahun 2001.

Capello mendakwa, perginya beliau dari AS Roma adalah kerana beliau tidak punya perkara lain yang hendak ditawarkan kepada pasukan tersebut.

“Saya pergi kerana saya tak tahu nak tawar apa lagi kepada pasukan. Dalam masa yang sama, saya tak dapat apa yang saya nak dari pemain saya.”

Nama Batistuta dijulang sebagai antara penyerang terbaik ketika eranya dan kini dikenang sebagai lagenda, adakah Belotti akan turut mengikut jejak langkah penyerang Argentina itu?

Hanya masa yang akan menentukan.

Baca juga: Peter Odemwingie Sah Sertai Kelab Indonesia Madura United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN