Seperti Dijanjikan, Bellerin Menderma £19,050 Kepada Mangsa Greenfell Tower

Sebelum temasya Euro B-21, England dikejutkan dengan nahas kebakaran Greenfell Tower. Bintang muda Arsenal Hector Bellerin memberitahu kepada media bahawa beliau akan menderma kepada mangsa Greenfell Tower selepas Euro B-21.

Beliau akan menderma £50 untuk setiap minit beliau bermain di atas padang. Janji Bellerin itu disambut dengan rasa kagum oleh peminat bola sepak yang tahu pemain muda itu akan bermain dalam minit yang banyak di dalam Euro B-21 kali ini.

Untuk setiap 90 minit beliau beraksi dalam satu perlawanan beliau sudah mampu menyumbang £4,500 ataupun RM25,458.05. Pasukan Sepanyol mara sehingga ke perlawanan akhir. Namun mereka tewas di tangan Jerman.

Bellerin menjadi pemain utama dalam skuad Sepanyol pada kali ini. Mana tidaknya, beliau cemerlang bersama Arsenal musim lalu dan dikaitkan dengan kelab besar seperti Barcelona.

Secara keseluruhannya, Bellerin bermain sebanyak 381 minit di atas padang. Bermakna beliau akan menderma £19,050 kepada mangsa Greenfell Tower.

Dalam status beliau 2 jam yang lalu di instagram, Bellerin berkata beliau menunaikan apa yang telah dijanjikan. Duit itu akan disumbangkan menerusi Organisasi Palang Merah British.

https://www.instagram.com/p/BWCqrtoAxMH/

Murah betul hati Bellerin. Semoga terus sukses di masa yang akan datang. Sikap terpuji!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN