Belarus Kekal Tenang Jalankan Liga Mereka

Kerjasama Semuanya BOLA

Dikala negara lain berada dalam kekalutan akibat wabak Covid-19 dan liga bola sepak mereka terpaksa ditangguhkan, Belarus kekal tenang dengan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Negara yang dianggap kecil dalam dunia bola sepak Eropah dan antarabangsa itu tetap melangsungkan liga domestik mereka dengan kehadiran penyokong ke stadium masih lagi ada.

“Situasi ketika ini [di Belarus] adalah kita tidak ada lagi kes mengenai Covid-19,” kata seorang penyokong.

“Ataupun kami yang tidak diberitahu mengenai kes ini, kita perlu teruskan kehidupan kerana ini adalah hari Jumaat, esok cuti,” tambah beliau.

Seorang penyokong kelab tempatan Belarus, Torpedo-BelAZ yang tidak dinamakan yang beliau tidak takut akan wabak Covid-19 dan akan terus bersama pasukannya hingga hujung nyawa.

“Saya tak takut, pasukan kegemaran saya Topredo-BelAZ bermain dan saya akan kekal bersama mereka selamanya.”

“Walaupun ada Covid-19, saya tetap akan datang ke stadium.”

Tinjauan tersebut dilakukan oleh media antarabangsa ke perlawanan liga diantara Torpedo-BelAZ menentang Belshina yang memihak Torpedo-BelAZ dengan jaringan 1-0.

Belarus bukanlah tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19, negara tersebut merekodkan 94 kes wabak tersebut dengan 24 ribu rakyat telah mejnjalani ujian saringan.

Baca juga artikel kami mengenai Covid-19:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram