BELANJAWAN 2020: NFDP Terima Peruntukkan RM45 Juta

Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sememangnya dinantikan oleh ramai.

Secara keseluruhan belanjawan yang dibentangkan pada hari ini melibatkan kos berjumlah RM297 billion

Berbanding peruntukkan yang dibentangkan bagi tahun 2019, bajet untuk tahun 2020 menunjukkan sedikit penurunan.

Tidak ketinggalan daripada belanjawan kali ini adalah peruntukkan untuk sukan, yang dilaurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan di bawah naungan menterinya, Y.B Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Secara keseluruhan, sejumlah RM299 juta diperuntukkan kepada kementerian tersebut untuk melaksanakan pelbagai Program Sukan termasuk menaik taraf kemudahan sukan, Kompleks Belia Sukan, dan Kompleks Sukan Komuniti di seluruh negara.

RM179 juta daripadanya diperuntukkan khusus untuk persiapak kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo, dan juga Sukan SEA Hanoi yang akan berlangsung pada tahun berikutnya.

Tidak ketinggalan, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) turut menerima peruntukkan khas dari kerajaan apabila sejumlah RM45 juta disediakan bagi perbelanjaan tahun 2020.

Jumlah ini nyata peningkatan yang amat ketara dengan peningkatan lebih dari 30% berbanding peruntukan tahun sebelumnya berjumlah RM15 juta.

Jumlah peruntukkan sebegini membuktikan kerajaan memandang serius aspek pembangunan bola sepak di negara ini. Apatah lagi projek terdahulu kini mulai menampakkan hasilnya selepas pemain dari generasi pertama keluaran Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari, Luqman Hakim bakal berkelana ke Belgium untuk kontrak profesional bersama K.V Kortrijk.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram