Bekas Penyerang Wanita QPR, Alexandra Nordd Dedah Hampir Dirogol Oleh Seorang Pemain EPL!

Seorang pemain bola wanita terkenal, Alexandra Nordd mendakwa beliau cuba dirogol oleh seorang pemain bola sepak yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah mabuk di sebuah bilik hotel.

Alexandra Nord yang merupakan penyerang kepada pasukan wanita QPR pada ketika itu mendakwa lelaki yang juga merupakan seorang pemain bola sepak antarabangsa berada di dalam keadaan bogel dan berada di kedudukan menindihnya setelah menanggalkan pakaian dalamnya.

Alexandra baru baru ini menyertai kempen menentang jenayah seksual sebagai tanda sokongan  skandal yang melanda Weinstein Holywood.

Sumber: alexandranordd/Instagram

Kempen berkenaan diperkenalkan supaya mangsa serangan seksual tidak malu mendedahkan jenayah seksual yang pernah dialami oleh mereka.

Alexandra bagaimanapun tidak menamakan pemain tersebut yang disahkan juga sudah berkahwin pada ketika insiden tersebut berlaku.

Walaupun mengaku mabuk dan sukar mengingati keseluruhan kejadian dengan jelas, Alexandra yakin beliau tidak pernah bersetuju untuk melakukan hubungan seksual dengan pemain bola sepak EPL tersebut.

Bercerita mengenai kejadian tersebut, Alexandra berkata lelaki tersebut terus cuba memaksa beliau untuk melakukan hubungan seks walaupun sudah jelas beliau tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Sumber: alexandranordd/Instagram

“Saya marah, sedih dan tentunya malu. Saya terus mengumpul barangan milik saya, namun lelaki tersebut masih cuba menarik saya. Saya tidak faham mengapa.”

“Dia seolah-olah tidak faham yang saya tidak mahu bersama dia. Saya menjerit ‘Tidak!’, dan saya pasti lelaki tersebut sedar akan kemarahan saya pada ketika itu.”

“Saya tidak mahu dia menghantar saya pulang walaupun tidak mempunyai jaket atau pun beg duit pada ketika itu. Cuaca di luar juga adalah serendah 5 darjah Celcius!”

“Namun sekarang ia tidak penting. Tetapi jelas pemain tersebut tidak menghormati diri saya sehinggalah saya keluar daripada bilik dan menuju ke arah lobi hotel.”

“Ia mungkin sudah pukul 6am. Saya tidak tahu bagaimana untuk pulang ke rumah.”

“Mujurlah pengurus hotel menyedari apa yang berlaku dan tahu saya bersama dengan siapa. Lantas pihak hotel menghubungi taxi dan membayar tambang saya.”

Alexandra Nordd ketika beraksi bersama QPR

Alexandra berusia 19 tahun ketika kejadian tersebut. Beliau menemui pemain bola sepak berkenaan di sebuah kelab malam yang terkenal di kalangan pemain bola sepak dan selebriti di Mayfair.

Lelaki berkenaan dikatakan mengajak Alexandra untuk keluar mencari makanan bersama dia, namun menghalakan destinasi ke sebuah hotel di South Kensington.

Alexandra turut mendedahkan ejen pemain bola sepak itu turut melakukan panggilan kepada beliau sehari selepas itu untuk memastikan beliau mendiamkan diri mengenai insiden tersebut.

Alexandra tidak melaporkan kejadian yang menimpanya pada 2012 tersebut kepada pihak polis, kerana menyedari tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN