Bekas Penyerang Liverpool, David N’Gog Calon Import Kelab Liga Vietnam

Kerjasama Semuanya BOLA

Bekas penyerang Liverpool FC, David N’Gog kini berada di Vietnam dan sedang menjalani percubaan bersama HCM City FC.

Penyerang berusia 30 tahun itu beraksi bersama juara eropah enam kali tersebut sekitar  musim 2008 sehingga 2011.

Menurut laporan Vietnam News, pemain berasal dari Perancis itu bersama-sama beberapa pemain asing lain kini adalah salah seorang calon pemain import di HCM City FC.

N’Gog memulakan karier bola sepak profesional beliau di Paris Saint-Germain (PSG) pada 2006.

Dua tahun kemudian bakat beliau dikesan Liverpool, lantas disambar oleh kelab Merseyside itu.

Ketibaan N’Gog di Anfield disifatkan oleg pengurus pasukan, Rafael Benitez pada ketika itu sebagai ‘amat berbaloi’ – kerana kejayaan gergasi Inggeris itu memancing seorang pemain berkualiti pada harga rendah.

N’Gog boleh dianggap sebagai pemain yang popular di kalangan penyokong setia The Kops.

Namun jodoh N’Gog bersama Liverpool hanya kekal tiga musim apabila pemain itu sukar mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama selepas terpaksa bersaing dengan pemain seperti Fernando Torres, Luis Suarez dan Andy Carrol.

Antara kelab lain yang disertai oleh N’gog selepas itu adalah Bolton Wanderers, Swansea City, dan yang terakhir ialah Budapest Honved.

Jika N’Gog berjaya meyakinkan naib juara Liga Vietnam, HCM City FC untuk menandatangani beliau, maka N’gog juga bakal beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL 2020).

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply