Bekas Penyerang Kedah Digantung Oleh A-League Kerana Positif Dadah

Bekas penyerang import Kedah pada musim 2017, Ken Islo Larsen telah digantung daripada beraksi dalam saingan liga utama Australia, A-League selepas didapati positif dadah jenis kokain.

Larsen yang beraksi dengan kelab Adelaide United itu didapati positif menggunakan bahan larangan benzoylecgonine iaitu produk sampingan utama dadah pada Januari lalu dan sedang disiasat oleh Agensi Anti-Doping Australia.

Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) dalam satu kenyataan rasmi berkata penggantungan sementara Ilso adalah mandatori di bawah peraturan anti-doping dan perlu menunggu keputusan sampel B untuk membuktikan beliau benar-benar mengambil bahan terlarang itu.

“Sementara menunggu keputusan tersebut, Larsen dilarang menyertai League A dan semua sukan yang disenaraikan oleh WADA (Agensi Doping Dunia),” kata kenyataan daripada FFA.

Sepanjang 19 penampilan bersama Adelaide United, Larsen telah menjaringkan 3 gol dan mempunyai kontrak dengan kelab tersebut selama setahun.

https://twitter.com/ConceptGrp/status/1109143413595746308

Adelaide United mengeluarkan kenyataan rasmi mereka semalam menyokong penuh polisi FFA untuk mengantung pemain tersebut

Larsen yang membantu Kedah menjuara Piala FA 2017 enggan memberi sebarang komen mengenai isu tersebut dan kini sedang bekerjasama dengan Persatuan Pemain Profesional Australia (PFA) sementara menunggu keputusan sampel B.

“Sehingga keputusan dikeluarkan, saya tidak boleh memberi sebarang komen. Kepada penyokong, mohon fokus kepada pasukan. Ini adalah waktu yang sukar untuk pasukan pada musim ini dan mereka memerlukan sokongan daripada anda semua,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN