Bekas Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers Dijangka Akan Sertai Leicester City

Kerjasama Semuanya BOLA

Brendan Rodgers dijangka akan diumumkan sebagai pengurus baharu Leicester City setelah Celtic memberi kebenaran untuk bekas pengendali Liverpool itu untuk berbincang dengan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

The Foxes kini di dalam proses pencarian pengurus baharu setelah memecat Claude Puel.

Celtic benarkan

Celtic turut mengesahkan jurulatih skuad utama, John Kennedy akan mengambil alih peranan Rodgers ketika Celtic akan berhadapan dengan Hearts di tempat lawan dalam perlawanan Liga Perdana Scotland Rabu ini.

Melalui satu kenyataan, Celtic berkata: “Brendan telah datang kepada kami dan berkata ini [Leicester] adalah satu peluang yang beliau inginkan.”

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Rodgers yang turut pernah membimbing Swansea sebelum menyertai Liverpool pada 2012 turut memendekkan temuramah bersama BBC selepas ditanya mengenai kekosongan di Leicester -sejurus selepas kemenangan Celtic ke atas Motherwell pada Ahad lalu.

Celtic kini mempunyai kelebihan 8 mata di atas Rangers di dalam Liga Scotland untuk berada di landasan terbaik merekodkan kejuaraan kelapan berturut-turut.

Pengalaman lalu

Sepanjang berada di Scotland, Rodgers telah menjuarai dua kejuaraan Liga Perdana Scotland, tiga kejuaran Piala Liga dan dua kejuaraan Piala Scotland.

Rodgers tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan ketika bersama Liverpool dan dipecat daripada jawatan dari kelab Merseyside tersebut pada Oktober 2015, selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Everton.

19th May 2018, Hampden Park, Glasgow, Scotland; Scottish Cup football final, Celtic versus Motherwell; Brendan Rodgers with all 3 trophies won this season (Photo by Vagelis Georgariou/Action Plus via Getty Images)

Kepulangan Rodgers ke Liga Perdana Inggeris dilihat sebagai peluang untuk pengurus berusia 46 tahun itu memulihkan reputasi diri – setelah pernah dianggap sebagai salah seorang pengurus muda yang berpotensi untuk pergi jauh satu masa dahulu.

Cabaran Rodgers juga semestinya berat, iaitu untuk sekurang-kurangnya kembali mengangkat kelab tersebut berada sebagai kelompok atasan Liga Perdana Inggeris – setelah pernah mengejutkan dunia bola sepak dengan kejuaraan liga pada musim 2015/16.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram