Bekas Pengurus Dedah Sebab Sebenar Sterling Tinggalkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Bekas pengurus Brendan Rodgers mendedahkan sebab utama Raheem Sterling meninggalkan Liverpool untuk berhijrah ke Manchester City pada 2015 ialah untuk menjadi pemain terbaik sebaik mungkin.

Selepas membuatkan Anfield kagum akan kebolehan yang ditampilkannya, Sterling selepas itu memaksa perpindahan beliau ke Etihad menjadi kenyataan selepas tiga musim bersama skuad utama Liverpool.

Sterling berhijrah dengan nilai £49 juta pada ketika itu.

Perpindahan Sterling itu turut mendapat tanggapan ianya didorong oleh faktor kewangan. Selepas lima tahun, kini Rodgers mendedahkan sebab sebenar di sebalik keputusan nekad oleh Sterling.

“Bagi Raheem [Sterling], ia tidak pernah mengenai wang,” ujar Rodgers kepada Liverpool Echo

“Jika perpindahan itu adalah mengenai wang, beliau boleh sahaja terus kekal di Liverpool. Ia [perpindahan] adalah kerana mahu menjadi pemain terbaik, sebaik mungkin yang beliau mampu lakukan.

“Pada ketika itu [Sterling] mempunyai pilihan untuk beraksi bersama pasukan yang mempunyai pemain-pemain terbaik.

“Beliau akhirnya ke sana, meneruskan pembangunan diri sebagai pemain dan juga sebagai seorang pemenang. Ia amat jelas dengan cara beliau bermain pada hari ini.

“Saya melihat kepada skuad Pep [Guardiola], dan ia tidak akan sama tanpa kelibat Raheem. Ia adalah contoh yang amat baik daripada seorang pemain muda Inggeris.

“Apa yang saya suka mengenai Raheem ialah, walaupun beliau masih muda, beliau sudah jelas apa yang dirinya mahukan dalam karier.”

Sejak menyertai Manchester City, Sterling telah memenangi dua kejuaraan Premier League dan tampil sebagai salah seorang pemain penyerang paling mencuri tumpuan di Premier League – terutama sejak ketibaan Pep Guardiola pada 2016.

Komen daripada Sterling ini tiba selepas pemain itu mengakui masih sayangkan Liverpool dan menyatakan kemungkinan untuk kembali ke Anfield satu hari nanti melalui video yang dimuatnaik ke Instagram.

“Jangan keliru, mereka [Liverpool] sentiasa ada di hati saya. Ini adalah pasukan yang banyak membantu saya untuk berkembang..”

Sebelum liga pada musim ini ditangguhkan, Sterling telah menjaringkan 11 gol dari 24 penampilan Liga Perdana Inggeris.

Baca artikel lain mengenai Raheem Sterling: