Bekas Penasihat Teknikal Oman FA Bakal Dilantik Setiausaha Agung FAM Yang Baru?

FAM MFL

Malaysian Football League (MFL) secara rasmi pada hari ini telah mengumumkan Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegaawai Eksekutif (CEO) baharu badan itu.

Stuart Ramalingam bukanlah watak asing di dalam bidang pengurusan bola sepak di negara ini apabila dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Julai 2017.

Malah langkah melantik Stuart ke jawatan tersebut dianggap sebagai langkah yang tepat, mengambil kira kecemerlangan beliau sebagai Setiausaha Agung FAM selama empat tahun kebelakangan ini.

Stuart juga pengalaman luas beliau di dalam bola sepak sejak 2008 apabila dilantik oleh FIFA sebagai ‘Professionalisation Consultant’ yang bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultansi kepada ahli-ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemaskini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).

Siapa pengganti Stuart?

Pengumuman Stuart sebagai CEO baharu MFL bagaimanapun menimbulkan persoalan siapakah yang bakal menggantikan beliau selaku Setiausaha Agung FAM.

Sehingga artikel ini ditulis, pihak FAM masih lagi berdiam diri, dan pengumuman mengenai kekosongan itu dijangka akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Siapapun yang bakal mengisi kekosongan Stuart Ramalingam selepas ini, individu tersebut pasti berhadapan tugas berat khususnya dalam mengangkat martabat skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.

Antara nama yang pernah mengisi jawatan Setiausaha Agung FAM sebelum Stuart Ramalingam ialah Dato’ Hamidin Mohd Amin, Dato’ Azzuddin Ahmad, Dato’ Dell Akbar Khan, dan Dato’ Paul Mony Samuel.

Khabar angin bertiup kencang

Walaupun belum ada sebarang pengumuman dari pihak FAM, khabar angin bertiup kencang mengatakan bekas Penasihat Teknikal Oman FA,  Mohd Saifuddin Abu Bakar sebaga individu bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Stuart.

Saifuddin juga bukan watak asing di dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah berkhidmat sebagai pembantu setiausaha agung bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sumber: Level-Field

Bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari 1991 sehingga 1995, Saifuddin juga merupakan individu yang bertanggungjawab membangunkan bakat muda Red Giants ketika itu.

Saifuddin juga merupakan penolong ketua pertandingan pada tahun 2009 di Qatar dan merupakan antara individu yang bertanggungjawab untuk menjadikan Liga Bintang Qatar menjadi antara yang liga termahal di Asia,  bernilai 147 juta euro (RM726 juta) pada hari ini.

Selain itu beliau juga adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan Omani Pro-League pada 2013.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply