Bekas Pemenang Piala Malaysia Jadi Taruhan MNY FC Untuk Saingan Liga M3 2021

MNY FC Liga M3 2021

Pasukan dari Perak, MNY FC jelas sekali mengambil serius dalam persediaan mereka untuk saingan Liga M3 2021.

Ianya jelas sekali terpancar dari teraju utama pasukan Ipoh itu apabila mereka menyenaraikan bekas pemenang Piala Malaysia serta mantan pemain Harimau Malaya.

Pemain-pemain tersebut adalah Hafiz Kamal dan Afiq Azmi yang pernah beraksi untuk pasukan-pasukan seperti Selangor, Perak dan juga Kelantan.

Selain itu, skuad kendalian S. Sathia Kumaran ini juga turut mempunyai beberapa pemain yang berpengalaman beraksi di Liga Super seperti Fazrul Hazli, Khairul Amri, Fiqrie Abu Talib dan Aminuddin Abu Bakar.

Kesemua nama-nama itu termasuklah pemain-pemain MNY yang lain telah dipersembahkan dalam satu majlis yang diadakan di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh baru-baru ini.

Selain daripada memperkenalkan para pemain, MNY juga turut memperkenalkan Samudra Group of Companies sebagai penaja utama pasukan.

Majlis turut menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif MNY, R. Surendren bersama-sama wakil Samudra Group of Companies, Md Paisal Hamsan menandatangani perjanjian melibatkan dua entiti ini.

Selain itu, MNY turut mengikat kerjasama dengan Kronos sebagai pengeluar jersi mereka selain Tower Regency Hotel & Apartments yang dipilih menjadi penaja bersama kelab.

MNY FC diundi dalam kumpulan A bagi saingan Liga M3 2021 bersama-sama Cyberlynx FC, Manjung City FC dan Perlis United.

Baca juga artikel kami mengenai Liga Malaysia: 

Hariss Harun Tinggalkan JDT, Hijrah Ke Lawan Kedah Di Piala AFC 2021

Liga Super: Gol Debut Aung Kaung Mann & Kenny Atiu Beri 3 Mata Buat Sri Pahang

Liga Super: Gol Kemenangan Minit Akhir Terengganu Buat Selangor Gigit Jari Di Halaman Sendiri

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply