Bekas Pemain Southampton & Colombia Diekstradisi Ke USA Berkaitan Kartel Dadah

Bekas pemain Southampton, Jhon Viafara akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk berhadapan tuduhan penyeludupan dadah.

Menteri Kehakiman Colombia, Margarita Cebello menandatangani perintah arahan pada Jumaat lalu, yang membenarkan bekas pemain antarabangsa Colombia itu diserahkan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Ekstradisi Viafara ke Amerika Syarikat sebelum ini telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi Colombua pada 27 September lalu.

Viafara adalah salah seorang anggota pasukan kebangsaan Colombia yang menyertai kejohanan Copa America pada edisi 2004 dan 2007.

Tertuduh ditahan di negaranya sendiri selepas menjadi antara individu dikehendaki di dalam satu waran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada Mac lalu.

Viafara ditahan dalam satu operasi oleh polis tempatan dengan kerjasama ejen daripada DEA (Agensi Pembanterasan Dadah).

Bekas pemain berusia 40 tahun itu akan didakwa atas kesalahan “cuba mengedar/menyeludup lebih dari 5kg kokain dengan niat, atau mengetahui ianya akan diseludup secara haram ke Amerika Syarikat.

Selain Real Sociedad, Viafara turut pernah beraksi bersama Portsmouth dan Southampton di England, sebelum bersara sebagai pemain pada 2015.

Viafara bukan pemain pertama ditahan kerana salah laku membabitkan pengedaran dadah di Colombia. Pada awal tahun ini, bekas pemain antarabangsa Colombia, Diego Leon Osorio turut didakwa atas kesalahan penyeludupan narkotik.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram