Bekas Pemain Liverpool Andre Wisdom Cedera Ditikam Perompak

Andre Wisdom Derby County

Ini bukanlah satu berita yang ingin kita dengar.

Bekas pemain Liverpool yang kini beraksi untuk Derby County, Andre Wisdom kini dilanda musibah selepas ditikam oleh individu tidak dikenali.

Menurut laporan Sky Sports, pemain pertahanan kanan itu berada di rumahnya yang terletak di Mersyeside dan hendak keluar mengambil saudaranya di kawasan sekitar.

Setelah tiba di lokasi, Wisdom keluar dari kereta untuk mendapatkan saudara lalu malang menimpa.

Seorang individu tidak dikenali datang menuju ke arahnya lalu menikam Wisdom berkali-kali serta merompaknya.

Wisdom kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Keadaan beliau dilaporkan stabil ketika ini dan dijangka pulih dalam masa terdekat.

Berikutan tragedi ini, Andre Wisdom dijangka perlu berehat untuk beberapa ketika dan akan terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan penting Derby County menjelang penamat musim EFL Championship.

Aksi seterusnya buat Derby County adalah pertemuan penting menentang Preston North End dan juga musuh tradisi Nottingham Forest.

Kedua-dua lawan yang bakal ditemui Derby County adalah calon untuk naik ke saingan Premier League musim hadapan.

Derby County kini ditangga kelapan dengan mengutip 57 mata.

Baca juga artikel kami mengenai Derby County:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN