Bekas Pemain & Jurulatih Chelsea, Ray Wilkins Meninggal Dunia

Bekas pemain dan penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins telah menghembuskan nafas terakhir pada lewat hari ini. Berita sedih itu diumumkan oleh kelab tersebut sebentar tadi.

Ray Wilkins meninggal dunia pada usia 61 tahun. Jawatan terakhirnya ialah sebagai pembantu pengurus Aston Villa. Pada ketika itu, kelab Birmingham dikendalikan oleh Tim Sherwood.

Karier pemain

Mendiang dikenali sewaktu menyarung jersi Chelsea. Chelsea merupakan kelab pertamanya sebagai pemain.

Sewaktu menjadi pemain Chelsea. Sumber: Mirror.

Ray bersama The Blues sejak 1973 hingga 1979. Pada tahun 1979, beliau berkelana ke Manchester untuk menjadi pemain Manchester United sehingga 1984.

Ketika bersama Red Devils, beliau menjulang Piala FA pada tahun 1983.

Beliau sempat beraksi seketika untuk AC Milan dan Paris St. Germain. Kemudiannya beliau kembali ke Britain untuk bersama kelab Scotland, Glasgow Rangers.

Beliau ditugaskan sebagai pemain tengah dan antara kelab yang pernah mendapatkan khidmatnya ialah Queens Park Rangers, Millwall dan Leyton Orient.

Pada 1997, beliau telah menamatkan karier sebagai pemain di Leyton Orient

Karier antarabangsa

Mendiang pernah menerima 84 kali kaps antarabangsa untuk England. Beliau pernah menyumbangkan 3 gol antarabangsa.

Tahun 1976 merupakan tahun bersejarah buatnya apabila dipanggil buat pertama untuk Three Lions. Beliau kemudiannya bersara pada 10 tahun kemudian.

Kejurulatihan

Namanya mula dikenali semula apabila menjadi pemangku pengurus Chelsea pada 2009.

Malah, beliau juga menjadi pembantu pengurus sewaktu kelab London itu menjuarai English Premier League 2009-10.

Ketika era kejurulatihan singkat di Timur Tengah. Sumber: Sky Sports.

Pasukan kebangsaan Jordan pernah melantik beliau pada 2014, namun beliau hanya bertahan 12 perlawanan. Di bawah kendaliannya, pasukan tersebut hanya menang sekali dan seri dua kali.

Meninggal dunia

Ray Wilkins dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital di London pada 30 Mac lalu. Kemudiannya, beliau dilaporkan meninggal pada lewat hari ini.

Ramai pihak mengutuskan ucapan takziah, termasuklah Rio Ferdinand. Rio Ferdinand membesar ketika menyaksikan aksi mendiang ketika menjadi pemain QPR.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN