Bekas Pemain Dedah Liverpool Kejar Khidmat Jadon Sancho

Juara eropah, Liverpool akan mendapatkan khidmat penyerang Borussia Dortmund, Jadon Sancho jika kelab Merseyside itu mengambil keputusan untuk menjual salah sorang trio serangan.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pemain dan legenda Anfield, Dietmar Hamann.

Ketika bercakap kepada Sky Sports, Hamman mengesahkan terdapat minat mendalam daripada kelab Merseyside itu terhadap bekas pemain akademi Manchester City itu.

Sancho menyerlah setelah memilih untuk berhijrah ke Bundesliga pada 2017.

“Saya mendengar Liverpool mempunyai minat yang mendalam [untuk mendapatkan Sancho]. Saya boleh bayangkan mereka [Liverpool] akan menjadi pesaing utama [untuk mendapatkan Sancho] pada musim panas akan datang.”

Selain Liverpool, Sancho turut dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. Namun kegagalan Manchester United untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) akan terus menjadi faktor untuk Sancho.

Hamann tidak berselindung dengan menyatakan Liverpool sebagai kelab pilihan pemain berusia 19 tahun tersebut.

“Beliau [Sancho] dari Manchester City dan saya tidak pasti sama ada beliau akan kembali menyertai mereka. Ia juga sukar untuk Manchester United, kerana pemain tersebut pernah menyertai seteru setempat mereka.

“Sancho tidak mempunyai sebarang klausa perpindahan, dan jika Dortmund mahukan nilai [yuran perpindahan] yang besar, maka ia tidak akan berlaku.

“Tidak banyak pilihan pemain yang mampu memperkuatkan bahagian serangan Liverpool sekarang.

“Saya tidak pasti jika Sancho adalah pemain yang sesuai, tetapi jika salah seorang daripada trio [Sadio Mane, Roberto Firmino, atau Mohamed Salah] meninggalkan Liverpool, maka Sancho adalah pilihan yang paling tepat sebagai pengganti.

Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc sebelum ini mengesahkan United pernah bertanya mengenai keberadaan pemain tersebut, namun beliau menjangkakan Sancho akan kekal di Jerman sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi.

Jelas sekali Liverpool harus berbelanja melangkaui nilai rekod kelab £75 juta yang dibelanjakan untuk mendapatkan Virgil van Dijk dari Southampton jika berminat untuk mendapatkan Sancho pada masa terdekat.

Pemain sayap menyerang itu telah menjaringkan 18 gol dari 66 penampilan bersama Dortmund setakat ini, dan beraksi dengan baik di Bundesliga dan juga skuad kebangsaan England.

Prestasi beliau dilihat sedikit merudum sejak beberapa minggu lalu, sebelum digugurkan daripada perlawanan menentang Borussia Monchengladbach.

Pemain itu digugurkan selepas lewat melaporkan diri daripada yang sepatutnya selepas selesai tugasan bersama skuad The Three Lions.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN