Bekas ‘Kitman’ Dedah Sikap Balotelli, Carlos Tevez, & Peter Schmeichel Yang Percayakan Tahyul

Les Chapman (gambar bawah) ialah bekas kitman kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City selama 17 tahun. Sepanjang bersama Manchester City, beliau telah menyaksikan banyak perkara di sebalik tabir pasukan itu.

Daripada kisah tiket parkir Mario Balotelli kepada keretakan hubungan di antara pengurus berbangsa Itali, Roberto Mancini dengan penyerang Argentina, Carlos Teves sehinggalah kepada kepercayaan tahyul bekas penjaga gol, Peter Schmeichel yang pernah menyarung jersi kelab itu di antara tahun 2oo2 sehingga 2003.

Kali ini Les Chapman telah mendedahkan pengalaman 17 tahunnya bekerja di belakang tabir sebagai kitman kelab Manchester itu.

Mengenai penyerang Itali, Mario Balotelli yang dikatakan tidak pernah mencapai potensi sebenar kerana sikapnya yang gemar mencari masalah, Chapman mendedahkan beliau mempunyai hubungan yang baik dengan penyerang yang kini bersama Nice di Ligue 1.

(Photo by Alex Livesey – UEFA/UEFA via Getty Images)

Ingatkah anda dengan t-shirt ‘Why Always Me?’ yang diperagakan oleh Balotelli ketika membantu membelasah Manchester United 6-1 beberapa musim yang lalu?

T-shirt berkenaan yang diperagakan oleh Balotelli telah menjadi salah satu saat ikonik dalam sejarah 25 tahun EPL. Chapmann adalah individu yang bertanggungjawab membantu Balotelli mencetak t-shirt berkenaan.

“Tidak ramai pemain yang mempunyai perwatakan seperti Balotelli. Beliau adalah antara pemain yang sukar dijangka akal pemikirannya,” ujar Chapmann kepada Daily Mail.

‘ (Photo by Sam Bagnall/AMA/Corbis via Getty Images)

“Ketika Balotelli dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Arsenal, pemain itu melemparkan kasutnya ke arah TV plasma di dalam bilik persalinan,” dedah Chapman.

“Balotelli sering mempersoalkan mengapa kereta yang dipandu beliau sering dikompaun sehingga 27 kali.”

“Ia adalah kerana warna ‘camaoflage’ kenderaan tersebut, dan Balotelli gemar meletakkan kereta sesuka hari termasuk di garisan kuning berkembar di luar Restoran San Carlo di bandar Manchester hampir setiap hari.”

“Selepas Balotelli meninggalkan Manchester City, saya bertanggungjawab untuk mengemas almari (locker) milik pemain itu. Dan saya terperanjat melihat jumlah tiket meletak kereta yang berjatuhan daripada almari yang digunakan oleh Balotelli,” ujar Chapman.

(Photo credit should read ANDREW YATES/AFP/Getty Images)

Mengenai penyerang Argentina yang kini bersama Shanghai Shenhua di Liga Super China, Chapmann berpendapat pemain itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung keretakan hubungan dengan Roberto Mancini.

Tevez didakwa tidak mahu dimasukkan sebagai pemain gantian dalam satu perlawanan UEFA Champions League ketika kelab Manchester itu di bawah bimbingan pengurus Itali tersebut.

Malah Chapmann berkata beliau tidak tahu mengapa Roberto Mancini melepaskan kemarahan beliau terhadap Tevez, pemain yang beliau anggap sangat bagus.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Perkara yang terjadi di Munich bukanlah kerana kesilapan Tevez,” kata Chapman.

“Tevez bukannya tidak mahu beraksi dalam perlawanan itu. Tevez hanya enggan menurut arahan Mancini yang mengarahkan beliau memanaskan badan kerana beliau telah melakukannya sebelum itu.”

“Kemudian Mancini berkata bahawa Tevez tidak akan diturunkan dalam perlawanan membabitkan Manchester City. Tetapi beliau diarahkan untuk memanggil semula Tevez kerana Tevez adalah pemain yang sangat bagus.”

Chapman turut mendedahkan betapa cerewet bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel dalam pemilihan jersi penjaga gol yang akan diguna pakai dalam perlawanan kerana kepercayaan tahyul bekas penjaga gol antarabangsa Denmark itu.

Peter Schmeichel, Manchester City (Photo by John Walton/EMPICS via Getty Images)

Sikap dan kepercayaan tahyul Schmeichel pernah mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan isu dengan pembekal dan penaja jersi ketika pemain itu bersama Aston Villa pada 2001.

Pada ketika itu, Schmeichel enggan menggunakan jersi yang dibekalkan oleh Diadora sehingga menimbulkan konflik kepentingan di antara syarikat pembekal peralatan dan pakaian sukan tersebut dengan Aston Villa.

Schmeichel dikatakan tidak gemar memakai pakaian berwarna kelabu, dengan merujuk kepada bekas pasukannya Manchester United yang terpaksa menukar jersi pada waktu rehat separuh masa sebelum bangkit ketinggalan 3 gol untuk menang 6-3 pada musim 1996-1997.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply