Bekas ‘Kereta Kebal’ Pahang Sertai Jeonnam Dragons

Bekas pemain import skuad tok gajah dari Korea Selatan, Heo Jae Won sah telah menyertai kelab K-league, Jeonnam Dragons menurut kenyataan rasmi daripada laman facebook pasukan itu.

Pemain yang berusia 33 tahun ini menjadi nadi utama benteng pertahanan Pahang musim lepas dan mempunyai kebolehan mengarahkan susunan serta  memberi motivasi kepada rakan-rakan sepasukan.

Sepanjang bersama Pahang, beliau berjaya menjaringkan 3 gol dalam lebih 20 penampilan dengan skuad tok gajah dan sempat membantu Pahang layak ke perlawanan akhir Piala FA 2017.

Meskipun sempat menjaringkan 1 gol ketika menentang Kedah tetapi jaringannya itu masih tidak berjaya untuk memastikan trofi Piala FA dibawa pulang ke Kuantan.

Jeonnam Dragons kini menghuni kedudukan ke 10 dalam saingan liga utama Korea Selatan dan kelab itu menagih pengalaman yang dimiliki oleh Jae Won untuk menguatkan benteng pertahanan.

Skuad ini telah bolos 25 gol iaitu antara jumlah bolos kedua terbanyak dalam K-League.

Selain Jeonnam, Jae Won pernah beraksi dengan kelab Suwon Bluewings Samsung, Gwangju FC, Jeju United dan Daegu FC. Malah beliau juga pernah berkelana ke Qatar dan UAE menyertai kelab Al-Khor dan Fujairah FC.

Setakat ini, Jae Won masih belum beraksi di pentas asia sama ada dalam saingan AFC Cup atau AFC Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN