Bekas CEO NFDP Akui Dennis Bekking Calon Sesuai Kemudi AMD

Bekking

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NDFP), Safirul Azli Abu Bakar melihat Dennis Bekking yang baharu sahaja dilantik sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sememangnya merupakan calon sesuai bagi mengisi jawatan tersebut.

Menurut sumber laporan Berita Harian, Safirul turut menjelaskan bahawa Bekking memenuhi setiap kriteria yang diperlukan dalam pengurusan pembangunan bakat akar umbi.

”Berdasarkan apa yang saya tahu, dia [Dennis Bekking] memang ada prospek kerana jika NFDP tidak memilihnya pun, saya rasa pasukan lain akan mendapatkan khidmatnya. Mungkin dia lebih baik daripada apa yang kita ada sebelum ini.”

Bekas Pengarah Akademi FC Twente, Dennis Bekking Dilantik Pengarah AMD Ganti Teong Kim

“Difahamkan, dia berminat dengan program kita dan kita berjaya meyakinkan dia bahawa kita memang serius dengan pembangunan akar umbi selepas dia melihat NFDP dan AMD.”

“Malah, kelayakan akademik yang dimilikinya juga memang sesuai dengan pembangunan akar umbi selain jaringan hubungannya di Eropah dijangka dapat memudahkan NFDP mendapat pendedahan di luar negara,” ujar Safirul lagi.

Pelantikan Bekking yang merupakan bekas Pengarah Akademi FC Twente itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin lalu.

Dennis Bekking merupakan pemegang Sarjana Kepimpinan Sukan dari Universiti Salford Belanda dan memulakan karier dalam bidang kejurulatihan pada Jun 2009 selaku jurulatih skuad B-12, B-15 serta B19 FC Twente.

Kredit foto: Go Ahead Eagles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram