Beckham: Messi Akan Beraksi Untuk Inter Miami Satu Hari Nanti

David Beckham Lionel Messi Inter Miami

David Beckham mengesahkan beliau sudah memulakan usaha untuk melobi penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi agar menyertai kelabnya, Inter Miami selepas kontraknya tamat di kelab Perancis itu.

Messi meninggalkan Barcelona setelah gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak baharu dek kerana peraturan kawalan ekonomi yang ditetapkan oleh La Liga.

Ia sekaligus mengakhiri era gemilangnya bersama kelab gergasi Sepanyol itu dan menyertai PSG secara percuma dengan kontrak lumayan selama dua tahun dengan pilihan sambungan untuk tahun ketiga.

Namun Beckham percaya, penghijrahan ke Major League Soccoer (MLS) akan menjadi destinasi yang menarik untuk penyerang antarabangsa Argentina itu sebelum mengakhiri kariernya.

Menurut laporan The Mirror, Messi telah pun bercakap dengan bekas pemain Manchester United itu mengenai perancangan jangka masa panjang tersebut apabila kontraknya di PSG berakhir pada 2023 atau 2024.

Lebih menarik lagi, Messi telah bercuti di Miami selepas tugasan antarabangsa di mana beliau membantu Argentina menjuarai Copa America baru-baru ini dan beliau dilaporkan telah membeli tidak kurang enam apartment mewah di sana.

https://twitter.com/titimedianews/status/1417542015064104965?s=20

Beckham sebelum ini juga pernah beraksi untuk PSG dan menamatkan kariernya di kelab Ligue 1 tersebut dan beliau sememangnya menyasarkan nama-nama besar untuk menyertainya di Inter Miami.

Bukan hanya Messi, beliau juga sedang memerhati perkembangan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo yang sudah semakin berusia.

Pemilik bersama kelab MLS itu, Jorge Mas mengakui mendapatkan Messi merupakan prioriti utama kelab tersebut pada masa akan datang kerana sudah menjadi impiannya untuk melihat pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu menyarung jersi Inter Miami.

“Saya sangat optimis Messi akan bermain menggunakan jersi Inter Miami kerana saya akan ia akan melengkapkan legasi pemain terbaik dunia dalam generasi ini dan ia merupakan cita-cita utama kami pemilik kelab ini untuk membina sebuah pasukan berkelas dunia,” ujar Jorge Mas.

“Saya dan David telah berusaha keras, kami mempunya aspirasi untuk membawa pemain terbaik di sini dan Messi adalah pemain terbaik dalam generasi hari ini, mungkin yang terbaik sepanjang zaman.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN