Beckham: Lionel Messi Satu Kelas Di Atas Cristiano Ronaldo

Kerjasama Semuanya BOLA

Lionel Messi

Lionel Messi dianggap sebagai satu kelas lebih tinggi berbanding Cristiano Ronaldo menurut legenda Manchester United – David Beckham.

Dalam laporan Goal, Beckham mengatakan pewaris jersi nombor 7 beliau di Manchester United itu hanyalah pemain kedua terbaik di belakang Messi yang sudah memenangi enam kali gelaran Ballon d’Or.

“Beliau sendiri [Messi] sudah berada di kelasnya yang tersendiri, adalah mustahil untuk ada pemain seperti beliau lagi.”

“Beliau seperti Cristiano Ronaldo yang bukan satu tahap seperti pemain lain, adalah kedua-duanya adalah berada di tahap tersendiri.”

Beckham sebelum ini pernah beraksi menentang Messi pada 2013 ketika mewakili Paris Saint-Germain sewaktu UEFA Champions League.

Namun begitu, beliau tidak pernah berhadapan Ronaldo dalam mana-mana perlawanan rasmi sepanjang kariernya.

Persaingan sengit antara Messi dan Ronaldo berterusan sehingga kini walaupun kedua-dua pemain kini sudah memasuki fasa akhir karier mereka.

Namun begitu, ianya tidak menghalang kedua-dua pemain untuk terus beraksi cemerlang buat kedua-dua pasukan diwakili mereka iaitu Barcelona dan juga Juventus.

Perdebatan mengenai siapakah lebih handal antara dua pemain ini tidak akan habis terutamanya bagi mereka yang obses dengan Messi dan Ronaldo dan ianya kadangkala keterlaluan perbincangan mengenai itu.

Alangkah baiknya agar kita semua menikmati aksi kedua-dua pemain ini selagi mereka mampu mengerah kudrat di atas padang.

Baca juga artikel mengenai Lionel Messi:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply