Bayern Tak Menang 4 Perlawanan, Dikejutkan Monchengladbach 0-3

Beberapa hari selepas Bild melaporkan ada beberapa pemain tak suka dengan pengurusan Niko Kovac, serta ‘amukan’ James Rodriguez, pasukan itu dilanda kekalahan sekali lagi.

James memberitahu jurulatihnya yang Bayern Munich bukan Frankfurt.

Kali ini mereka tewas di tangan Borussia Mochengladbach yang sedang dalam prestasi terbaik. James tidak beraksi baik dalam perlawanan ini.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Bayern Munich dalam Bundesliga dengan kekalahan yang agak besar bagi pasukan seperti Bayern di Bundesliga.

Bayern Munich tewas 0-3 di tangan Borussia Monchengladbach. Bayern mendominasi lebih 72% perlawanan namun tumpul di hadapan gol.

Ini adalah kali ke-4 berturut-turut mereka tak menang dalam semua pertandingan selepas seri di tangan Augsbug, tewas di tangah Hertha Berlin, diikuti seri dengan Ajax dalam UCL.

3 gol Borussia Monchengladbach dijaringkan oleh Alassane Plea, Lars Stindl dan Patrick Herrmann. Bayern kini turun ke tangga ke-5 liga, 4 mata di belakang Borussia Dortmund yang masih tak kalah.

Dortmund menang 4-3 dalam perlawanan ‘thriller’ menentang Augsburg.

Borussia Mochengladbach kini berada di tangga ke-2 dalam carta liga.

https://twitter.com/JuanDirection58/status/1048633679667449856

Adakah episod musim lalu akan berulang? Niko Kovac menafikan bilik persalinan mereka ada masalah.

Beliau memuji pemain seperti James Rodriguez yang penting kepada pasukan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram