Bayern Munich Rangkul Kejuaraan Bundesliga Buat Kali Keenam Berturut-turut.

Bayern Munich mengukir nama selaku juara Bundesliga untuk musim 2017/18 ini. Mereka menjulang kejuaraan musim ini biarpun masih mempunyai 5 perlawanan perlu dihadapi.

Kelab Bavaria itu mencatatkan kemenangan ketika menewaskan Augsburg malam tadi. Beberapa tonggak utama direhatkan bagi aksi UEFA Champions League.

Antara yang direhatkan ialah Robert Lewandonski, Matt Hummels dan Franck Ribery.

Ketinggalan

Pemain Bayern meraikan kejayaan mereka. Sumber: NYDailyNews.

Pertahanan Bayern Munich, Niklas Sule terjaringkan gol sendiri pada minit ke-18. Mujurlah Corentin Tolisso dan James Rodriguez menyelamatkan maruah kelab gergasi itu dengan masing-masing sumbangkan dua gol.

Dua gol tersebut memastikan Bayern mendahului pada separuh masa pertama.

Augsburg melepaskan dua gol lagi selepas permainan bersambung. Arjen Robben menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-63.

Gol Arjen itu menjadikan gol ke-95 koleksi peribadinya dalam Bundesliga.

Gol keempat Bayern disumbangkan oleh Sandro Wagner. Keputusan berpihak kepada Bayern dengan keputusan 4-1

Penghargaan

Pengurus Bayern, Jupp Heynckes. Sumber: NYDailyNews.

Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes mengucapkan terima kasih kepada Carlo Ancelotti. Carlo telah terlibat dalam sebahagian perjalanan kempen kelab itu pada musim ini.

Carlo dipecat dari Bayern pada awal musim ini. Dikatakan ada pemain yang kurang senang dengan pendekatannya. Malah, ada yang berani mengkritik pengurus dari Itali itu secara terbuka.

Akhir musim ini, difahamkan dua pemain utama Bayern akan dilepaskan secara percuma. Mereka dikatakan tidak menyambung kontrak dengan kelab itu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Arjen Robben dan Franck Ribery.

Saingan masih terbuka

Masih rapat-rapat kedudukannya. Sumber: Bundesliga.

Bayern Munich bakal mengisi slot juara liga Jerman untuk UEFA Champions League. Tiga lagi kuota buat kejohanan utama itu akan diisi oleh pasukan di tempat kedua, ketiga dan keempat.

Mulai musim hadapan, kelab tempat keempat dalam Liga Jerman bakal diberi slot ke pusingan kumpulan UEFA Champions League.

Sebenarnya, saingan untuk ke UEFA Champions League masih terbuka. Ini kerana ada kelab yang masih mempunyai 5 perlawanan dan berpeluang untuk memintas satu sama lain.

Leipzig contohnya, mempunyai kelebihan 1 mata di atas Bayer Leverkusen di tempat kelima carta. Malah, Eintracht Frankfurt dan TSG Hoffenheim masih lagi dilihat mampu gugat kedudukan kelab tangga kedua hingga keempat liga.

Pemenang tempat kelima Bundesliga musim ini diberikan tiket ke pusingan kumpulan Europa League.

Manakala untuk tempat keenam akan diberikan slot dalam pusingan kelayakan kedua kejohanan yang sama.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN