Bayern Munich Mahu Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Bayern Munich dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino.

Agak ironi kerana kekalahan 2-7 Spurs di tangan Bayern dikatakan antara perkara yang meretakkan hubungan Pochettino dengan Levy.

Namun begitu, Pochettino bukan satu-satunya calon yang sedang dipertimbangkan Bayern Munich.

Bayern memecat Kovac beberapa minggu lalu, dan kini sedang dibimbing oleh interim Hansi Flick – yang akan kekal sekurang-kurangnya sehingga Januari.

Bayern mahu mencari pengurus tetap yang berkaliber. Arsene Wenger, Thomas Tuchel dan Erik Ten Hag antara nama yang di dalam senarai sasaran oleh Bayern Munich.

Pochettino dipecat oleh Tottenham pada Selasa lalu, digantikan dengan Jose Mourinho – kurang daripada 24 jam pemecatan Pochettino.

Buat masa ini, Sky Jerman menyatakan tiada sebarang perbinangan rasmi dilakukan dengan Pochettino. Ini bagi memberikan ruang kepada pengurus itu bertenang seketika.

Pochettino membimbing Spurs selama 5 musim. Walaupun tiada sebarang piala, namun 2 kali beliau membawa Spurs menamatkan saingan EPL di tangga tertinggi dalam sejarah kelab mereka.

Pochettino turut membantu Spurs mara ke final UCL buat pertama kalinya dalam sejarah mereka.

Bintang Bayern Munich iaitu Joshua Kimmich sebelum ini terbuka menyatakan beliau merasakan ada 2 jurulatih yang paling sesuai dengan Bayern, jika beliau ada pilihan untuk melantik, iaitu Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino.

Kimmich kagum dengan Pochettino yang merupakan tactician berbakat dan membawa pasukan yang tidak membeli sebarang pemain, ke final UCL musim 2018/19.

Pochettino beberapa musim kebelakangan ini dikaitkan dengan Manchester United. Namun pasukan itu sudah mengesahkan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap mereka pada musim lalu – dengan kontrak 3 tahun.

Ke manakah destinasi seterusnya Mauricio Pochettino?