Bayern Munich Ditewaskan Pasukan ‘On Form’ Hertha Berlin

Niko Kovac tewas pertama kali bersama Bayern Munich. Mereka dikejutkan oleh Hertha Berlin pada aksi Jumaat.

Bayern bertandang ke Hertha Berlin dengan harapan untuk mencari kemenangan ke-5 musim ini. Namun Hertha jelas dalam prestasi terbaik mereka.

Bayern diikat 1-1 dalam perlawanan sebelum ini menentang Augsburg. Robben jelas tak gembira dengan keputusan itu dan menganggap mereka tidak memberikan yang sepenuhnya.

Dalam perlawanan menentang Hertha Berlin, Bayern menyenaraikan semula Lewandowski dan James Rodriguez.

Namun pasukan pelawan dikejutkan dengan 2 gol pada separuh masa pertama. Ini selepas aksi pertahanan yang goyah.

Hertha di hadapan pada minit ke-23 menerusi Vedad Ibisevic. Satu lagi gol adalah daripada Ondrej Duda.

Ini merupakan kekalahan pertama Bayern Munich di tangan Hertha Berlin selepas 15 pertemuan dalam Bundesliga.

Secara kebetulan Niko Kovac merupakan bekas pemain Hertha Berlin. Malam untuk beliau lupakan kerana selepas ini mereka akan fokus kepada perlawanan UCL menentang Ajax.

Kovac melakukan 7 pertukaran dalam perlawanan ini. Mereka banyak juga mencipta peluang namun penyudah yang menghampakan.

Kedua-dua pasukan kini berkongsi 13 mata selepas 4 kemenangan 1 seri. Bayern berkelebihan perbezaan jaringan.

Ini juga memberikan peluang kepada Borussia Dortmund ataupun Werder Bremen untuk berada di puncak liga jika pasukan tersebut berjaya mendapatkan keputusan positif pada hari ini.

Werder Bremen akan bertandang ke Vfb Stuttgart. Manakala Borussia Dortmund akan bertandang ke BayArena menentang Bayer Leverkusen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN