Bayern Munich Bidas Keputusan Hansi Flick Letak Jawatan, Apa Sebenarnya Berlaku?

Bayern Munich tidak bersembunyi membidas pengurus dan ketua jurulatih, Hansi Flick yang membelakangkan mereka ketika mengumumkan akan melepaskan jawatan beliau bersama kelab tersebut pada penghujung musim ini.

Selepas mengemudi anak buahnya menang 3-2 ke atas Wolfsburg pada Sabtu lalu, Flick keluar dengan kenyataan mengejutkan apabila berkata mahu menamatkan baki kontrak dua tahun bersama kelab itu.

Kelab Bavarian itu kini berada di kedudukan teratas liga dengan 68 mata.

Apa respon Bayern Munich?

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab pada Ahad berkata: “Semalam (Sabtu), Ketua Jurulatih FC Bayern, Hansi Flick telah mengumumkan secara terbuka kepada semua pihak akan niat beliau menamatkan kontrak yang sepatutnya tamat pada Jun 2023, pada penghujung musim ini.

“Hansi Flick sebenarnya telah memaklumkan perkara sama kepada pihak pengurusan tertinggi Bayern Munich sejak beberapa minggu lalu, dan FC Bayern bersetuju fokus harus diberikan untuk perlawanan menentang VfL Wolfsburg, Bayer 04 Leverkusen (20 April) dan 1. FSV Mainz 05 (24 April), terlebih dahulu agar perkara itu tidak mengganggu fokus keseluruhan kelab untuk tiga perlawanan penting ini.

“Oleh itu FC Bayern tidak menerima sebarang komunikasi yang tidak mengikut landasan yang betul seperti dilakukan Hansi Flick dan hanya akan mulai berbincang mengenai perkara tersebut dengan beliau selepas perlawanan menentang Mainz seperti yang dipersetujui sebelum ini.”

Apa Flick telah katakan?

Bercakap kepada Sky Germany selepas kemenangan 3-2 Bayern ke atas Wolfsburg, Flick berkata: “Saya telah memberitahu pasukan pada hari ini, saya telah bertemu dengan pihak atasan kelab selepas kembali dari Paris bahawa saya akan pergi meninggalkan kontrak pada penghujung musim ini.

“Saya cuma mahu memaklumkan kepada pemain selepas perlawanan pada hari in kerana saya tahu betapa penting dan sukarnya untuk saya memaklumkan ia kepada kelab.

“Ia juga penting untuk pemain mendengar perkara ini terlebih dahulu daripada saya kerana sudah wujud satu atau dua cerita lain mengenai khabar angin tersebut. Kami telah bekerjasama dengan baik sejak dua tahun lalu.”

Adakah pengumuman Flick satu kejutan?

Di sebalik pencapaian cemerlang Flick bersama Bayern Munich terutama pada musim lalu, apa yang berlaku pada ketika ini sebenarnya tidak mengejutkan.

The Athletic sebelum ini pernah mendedahkan mengenai krisis hubungan di antara Flick dengan beberapa pegawai atasan kelab, termasuk pengarah sukan kelab, Hasan Salihamidzic.

Perselisihan membabitkan polisi perpindahan pemain yang dipercayai menjadi punca sebenar masalah. Minggu lalu Salihamidzic mengumumkan Jerome Boateng akan meninggalkan kelab tersebut selepas 10 tahun bersama.

Flick menjadi yang pertama tampil menyatakan rasa tidak puas hati apabila mendapat tahu pemain pertahanan veteran itu tidak akan mendapat kontrak baharu. Salihamidzic menjelaskan keputusan tersebut diambil selepas rundingan bersama jurulatih, tetapi Flick memberi indikasi tidak senang dengan keputusan Salihamidzic ketika disoal wartawan selepas perlawanan pada minggu lalu.

“Saya tidak akan membincangkannya,” kata beliau sebelum menambah dengan sinis “akan melakukan sesuatu” sebagai sebahagian daripada tugas kejurulatihan.

Implikasi sebenarnya ialah beliau tidak boleh bercakap apa-apa mengenai pendapatnya pada ketika itu, dan beliau juga enggan memberikan komitmen dan masa depannya bersama kelab.

Prihal Boateng bukan satu-satunya topik yang mencetuskan perselisihan faham di antara Flick-Salihamidzic. Kegagalan Salihamidzic memperkuatkan bahagian kiri jentera tengah pada musim panas lalu seperti dipinta oleh Flick juga adalah antara punca.

Apa Flick telah capai di Bayern?

Flick mulai menyertai Bayern apabila dilantik selaku pembantu jurulatih pada Julai 2019, dan bekerja di bawah pengurusan Niko Kovac.

Selepas Kovac dipecat, Flick naik pangkat dan dilantik selaku pengurus interim pada November 2019.

Tiga hari kemudian, Flick mengemudi Bayer Munich menewaskan Olympiakos 2-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League. Selepas permulaan yang baik, Bayern kemudiannya mengesahkan Flick akan mengendalikan pasukan sehingga ke penghujung musim.

Sepanjang kempen musim 2019/20, Bayern menang tiga kejuaraan utama benua – Bundesliga, DFB-Pokal dan juga Champions League. Treble sebegitu merupakan yang kedua pernah diraih oleh Bayern sepanjang sejarah kelab, dan Flick dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan UEFA.

Bayern terus cemerlang di bawah Flick apabila turut meraih kemenangan di perlawana UEFA Super Cup 2020 selepas menewaskan Sevilla, selain daripada muncul juara Piala Kelab Dunia FIFA pada Februari tahun ini.

Penutup

Khabar angin mengatakan Hansi Flick bakal bergelar Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Jerman sekiranya meninggalkan Bayern Munich. Joachim Low sah akan meninggalkan jawatan beliau bersama Jerman selepas Euro 2020 pada musim panas ini.

Bayern pula dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Julian Nagelsmann. Namun demikian ianya tidak mudah untuk meyakinkan RB Leipzig untuk melepaskan pengurus muda itu.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bayern Munich:

Bayern Mahu Jurgen Klopp Jika Hansi Flick Sertai Skuad Kebangsaan Jerman

5 Fakta Menarik Mengenai Hatrik Lewandowski Menentang Stuttgart

Jamal Musiala: Prospek Masa Depan Yang Menjadi Punca ‘Peperangan’ England Dan Jerman

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN