Bayern Munich Tawar Gaji Tertinggi Dalam Sejarah Kelab Untuk Alexis Sanchez

Sumber ESPN mendedahkan kelab gergasi Bayern Munich sedia menawarkan Alexis Sanchez gaji tertinggi dalam sejarah kelab mereka.

Alexis Sanchez yang masih belum komited dengan sebarang kontrak lanjutan baru di Arsenal kini menjadi buruan utama Bayern Munich.

Sebelum ini Bayern Munich menyenaraikan Douglas Costa di dalam senarai jual kelab tersebut. Kini Bayern Munich menumpukan usaha untuk mendapatkan penyerang serba boleh Arsenal, Alexis Sanchez.

Bayern Munich dilapor menawarkan £350,000 seminggu kepada Alexis Sanchez. Angka yang dilaporkan diminta oleh Alexis Sanchez daripada Arsenal sebelum ini.

Arsenal pula menawarkan £280,000 seminggu kepada Sanchez. Rundingan masih lagi belum menemui sebarang kata putus.

Rundingan masih berjalan di antara pihak Arsenal dan ejen beliau. Sanchez buat masa ini tidak mahu memberikan sebarang komen.

Beliau mengarahkan agar wartawan berhubung dengan ejen beliau sekiranya ingin bertanya tentang isu kontrak beliau dan Arsenal.

Sebelum ini, Arsene Wenger menegaskan beliau tidak akan menjual Sanchez kepada seteru dalam EPL.

Pada masa yang sama Wenger yakin pemain itu hanya akan kekal di Arsenal selepas Sanchez memberikan bayangan beliau selesa di London.

Wenger memberitahu wartawan, jika Alexis menyatakan dia mahu kekal di London, bermakna dia kekal di Arsenal. Kerana menurut Wenger, hanya ada satu kelab di London iaitu Arsenal.

Kenyataan sarkastik ini ditujukan kepada wartawan yang mengaitkan Sanchez dengan perpindahan ke Chelsea.

The Telegraph juga melaporkan, selain Bayern Munich dan Chelsea, sebuah lagi pasukan yang mengintai khidmat Sanchez adalah Manchester City.

Pep Guardiola sebelum ini dengan terbuka menyatakan beliau sentiasa mahu bergabung semula dengan pemain hebat seperti Alexis Sanchez.

Jika Sanchez benar-benar mahu keluar dari Arsenal dalam masa terdekat ini, Bayern Munich mungkin berpeluan cerah mendapatkan khidmat beliau.

The Telegraph turut menyebut, Bayern dijangka mengemukakan tawaran £40 juta untuk Sanchez. Ramai yang berpendapat angka itu agak kecil untuk Sanchez.

Namun Alexis Sanchez bakal memasuki setahun terakhir dalam kontrak beliau selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN