Batu Dua FC Cari Penaja Untuk Terus Bersaing Musim 2020

Kelab Liga M3 negara, Batu Dua FC (B2FC) kini mencari penaja baharu bagi menyuntik kantung kewangan kelab tersebut untuk meneruskan baki saingan musim ini dan persiapan untuk menghadapi saingan musim hadapan.

Mengakui kegagalan pengurusan sehingga pemain dan pasukan pada musim ini dipalit dengan isu gaji, pasukan ini dikatakan sudah pun mengalami masalah bersaing di Liga M3 pada musim ini apabila beraksi tanpa cukup pemain di bangku simpanan.

Mencari penaja atau kerjasama dari pihak syarikat/universiti/kolej atau agensi swasta yang berminat dalam bidang bola…

Posted by Batu Dua Football Club – B2FC on Monday, October 7, 2019

Malah melalui kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook mereka pada hari ini, B2FC mengakui pemain-pemain yang kekal beraksi pada baki saingan musim ini adalah dari kalangan pemain yang meneria elaun minima daripada pihak pengurusan sedia ada, dan kerana cintakan sukan bola sepak.

Bagaimanapun untuk musim hadapan, pihak pengurusan B2FC menyatakan mereka sudah ada perancangan baharu untuk meneruskan persaingan. B2FC dijangka akan terus bersaing di Liga M3 dan juga di Selangor Champions League (SCL).

Musim ini kita dikejutkan dengan berita kurang enak berkaitan kelab amatur ini.

TERKINI: Siapakah individu-individu ini yang didedahkan oleh Ljuba Baranin? Apakah kaitan mereka dengan Batu Dua FC?

Posted by Semuanya BOLA on Monday, June 24, 2019

Antaranya, ialah pendedahan bekas pemain import, Ljuba Baranin yang menerima cek tendang untuk bayaran gaji.

Walaupun perkara itu dinafikan oleh pihak pengurusan B2FC pada ketika itu, ia tidak dapat menutup masalah kewangan yang dihadapi oleh pasukan itu – terutama dengan prestasi teruk di Liga M3 pada musim ini.

Batu Dua Football Club – B2FC menjawab tuduhan Ljuba Baranin yang menuduh mereka bagi cek palsu, dan melayan pemain…

Posted by Semuanya BOLA on Thursday, June 20, 2019

Apa-apa pun kita berharap agar B2FC boleh bangkit kembali dan menggunakan pengalaman lalu sebagai pengajaran pada masa akan datang. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pihak pengurusan dan B2FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN