Bastian Schweinsteiger Menyemarakkan Kembali Api Karier Bersama Chicago Fire

Pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger bakal berpindah ke kelab Major League Soccer, Chicago Fire.

Laporan mengatakan bahawa Bastian merupakan pemain kedua yang menggondol Piala Dunia bermain di MLS.

Kontrak setahun

Beliau menandatangani kontrak bersama Chicago Fire selama setahun yang bernilai USD4.5 juta.

Ini menjadikan beliau antara 10 pemain tertinggi yang dibayar dalam saingan MLS.

Kontrak itu termasuk dengan klausa khas iaitu, opsyen untuk sambungan lanjutan selama setahun.

Menurut pengurus besar kelab Chicago Fire, Nelson Rodriguez:

“Kami memasukkan Bastian yang sering memenangi kejuaraan di setiap peringkat termasuk peringkat dunia.”

Diberikan peluang untuk impak positif

Bastian mengharapkan beliau dapat memberikan impak positif dan memberikan sesuatu terbaik kepada kelab.

Bastian telah menjaringkan 24 gol semasa bermain 121 kali untuk Jerman. Beliau merupakan kesebelasan utama Jerman semasa perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Beliau juga memenangi UEFA Champions League pada 2013 di samping pemain terbaik tahunan Bundesliga pada tahun yang sama.

Ini pastinya berita yang disambut penyokong Manchester United dengan perasaan bercampur aduk.

Bastian Schweinsteiger adalah pemain kesayangan penyokong di Old Trafford kerana komitmen dan karisma beliau.

Schweinsteiger tidak pernah merungut walaupun disishkan dari pasukan kedua sekalipun. Ketika diperlukan, beliau akan memberikan sentuhan terbaiknya.

Pada masa yang sama, pasti ramai juga gembira dengan berita ini supaya beliau boleh kembali bermain lebih banyak bola sepak.

Selamat berjaya untuk lagenda Jerman ini.

Baca juga: Bapa Kepada Aidil Zafuan & Zaquan Adha Meninggal Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN