Barkley Nafikan Kebangkitan Man. United, Mourinho Bengang Dengan Pegawai Chelsea

Ross Barkley nafikan kebangkitan Man. United pada masa kecederaan minit ke-90+5′. Perlawanan agak panas di Stamford Bridge pada penghujung babak.

Pada separuh masa pertama Chelsea di hadapan menerusi tandukan Rudiger hasil sepakan penjuru oleh Willian.

Chelsea ternyata pasukan yang sangat dominan pada separuh masa pertama.

Namun pada separuh masa kedua, Man. United ternyata tampil dengan aksi yang sangat baik.

Man. United kemudian bangkit dengan 2 gol Anthony Martial pada separuh masa kedua. Martial menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Martial kemudiannya meletakkan Man. United di hadapan pada minit ke-73.

Di kala Man. United kelihatan menang sekali lagi selepas ketinggalan, Ross Barkley nafikan kebangkitan United itu dengan percubaan jarak dekat selepas De Gea melakukan ‘save’.

https://twitter.com/thediurnalsport/status/1053639521957502977

Itu juga bolos paling lewat pernah dilepaskan Man. United dalam sejarah kelab mereka.

Di bangku simpanan Jose Mourinho berang dengan pegawai Chelsea yang meraikan gol di kawasan teknikal mereka.

Dia meraikan gol Barkley dengan ‘fist’ di hadapan Jose Mourinho. Itu yang menimbulkan kemarahan Mourinho yang bangkit dari tempat duduknya dalam keadaan marah.

Mourinho ditenangkan oleh pengadil. Dan Mike Dean mengambil masa untuk berbincang dengan pembantunya tentang insiden itu.

Di atas padang pula, para pemain Chelsea dan Man. United pula tegang.

Perlawanan berakhir dengan 2-2. Chelsea kekal tak kalah setakat ini dalam EPL. Manakala Man. United terlepas 2 mata pada saat akhir kerana kelekaan pertahanan mereka.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram