Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton Perlawanan Barcelona vs Bayern Munich

“Saya mahukan kemenangan. Bukan kepulangan” tegas bekas jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yang akan kembali ke Nou Camp pagi esok setelah meninggalkan The Catalans itu sejak 3 tahun yang lalu.

Pertemuan Barcelona dan Bayern Munich pastinya bakal menjadi tumpuan dengan kelebihan yang dimiliki dari segala aspek posisi dan taktikal. Dengan trio Suarez, Neymar dan Messi yang telah menyumbat 100 gol musim ini, pasukan tuan rumah dijangka mendominasi bahagian serangan namun Luis Enrique tidak boleh memandang enteng kelebihan yang ada pada Bayern Munich.

Saya ke sini bukan untuk kepulangan. Saya sentiasa dilayan dengan baik di sini tapi kami mahu singkirkan Barcelona. Seronok rasanya bila kembali ke sini, saya mempunyai banyak memori dan ia sangat istimewa, Namun sekarang saya adalah jurulatih Bayern – Pep Guardiola

Penyerang berkaliber Robert Lewandowski dijangka bakal diturunkan pada pagi esok walaupun mengalami keretakan hidung dan tulang pipi ekoran semasa menentang Borussia Dortmund di separuh akhir Piala Jerman baru baru ini. Selain itu, Bayern juga dihimpit krisis kecederaan dimana Frank Ribery, Arjen Robben, Holger & David Alaba terpaksa diketepikan ekoran kecederaan.

Luis Enrique Dan Barcelona

Luis Enrique bakal bertemu rakan sepasukannya di Barcelona suatu ketika dahulu iaitu Pep Guardiola. Beliau dijangka akan menurunkan trio serangan berbisa Barcelona ketika ini iaitu Lionel Messi, Luis Suarez dan juga Neymar.

Pertemuan Sebelum Ini

• Bayern telah menang 4 pertemuan menentang Barcelona di Nou Camp termasuk separuh akhir UCL musim 2012/2013. (Bayern menang 3-0)
• Bayern menang 4-3 secara agregat dalam buruan mereka menjulang piala UEFA 1995-1996. Sukad kendalian Otto Rehhagel seri 2-2 di Munich dan kemudian meranapkan impian The Catalans di Nou Camp dengan kemenangan 2-1. Skuad Barcelona waktu itu dibarisi Pep Guardiola dan Carles Busquest (bapa kepada Sergio Busquests).
• Guardiola mengendali Barcelona sewaktu mereka menang keatas Bayern pada musim 2008-2009. Messi menyumbat 2 gol di Nou Camp (keputusan penuh 4-0) kemudiannya seri di Munich 1-1.
• Musim 1998-1999, Luis Enrique antara yang membarisi skuad Louis Van Gaal dimana Barcelona tewas 1-0 di peringkat kumpulan. Barcelona tersingkir setelah kekalahan kedua di Nou Camp. Bayern tewas di final kepada pendahulu kumpulan D, Manchester United.

Rekod Barcelona

• Juara 4 kali ini memburu slot ke final buat kali ke 8.
• Barcelona menang kesemua 5 perlawanan di Nou Camp termasuk menentang Paris Saint Germai 2-0. Mereka kebal di halaman sendiri sejak kekalahan memalukan kepada Bayern Munich di saingan separuh akhir Liga Juara Juara Eropah 2013.
• Menang 13 daripada 18 perlawanan menentang kelab Jerman termasuklah kejayaan ke atas Hamburger SV di Piala Juara Kelab Eropah 1960/1961 & 1.FC Koln di Piala Juara Eropah 1968/69.
• Barcelona telah mencapai penampilan ke 7 di peringkat separuh akhir Liga Juara Juara Eropah sejak 8 musim yang lepas.

• Rekod perlawanan di peringkat separuh akhir:
K 0-7 v FC Bayern München, 2012/13 (0-4 a, 0-3 h)
K 2-3 v Chelsea FC, 2011/12 (0-1 a, 2-2 h)
M 3-1 v Real Madrid CF, 2010/11 (2-0 a, 1-1 h)
K 2-3 v FC Internazionale Milano, 2009/10 (1-3 a, 1-0 h)
M 1-1 v Chelsea FC, menang gol ditempat lawan, 2008/09 (0-0 h, 1-1 a)
K 0-1 v Manchester United FC, 2007/08 (0-0 h, 0-1 a)
M 1-0 v AC Milan, 2005/06 (1-0 a, 0-0 h)
K 1-3 v Real Madrid CF, 2001/02 (0-2 h, 1-1 a)
K 3-5 v Valencia CF, 1999/2000 (1-4 a, 2-1 h)
M 3-0 v FC Porto, 1993/94 (3-0 h)
M 3-3 v IFK Göteborg, menang penalti 5-4, 1985/86 (0-3 a, 3-0 h)
K 2-3 v Leeds United AFC, 1974/75 (1-2 a, 1-1 h)
M 1-0 v Hamburger SV, 1960/61 (1-0 h, 1-2 a, 1-0 replay)
K 2-6 v Real Madrid CF, 1959/60 (1-3 a, 1-3 h)

Rekod Bayern Munich

• Juara 5 kali ini memburu slot akhir kali ke 11.
• Bayern kecundang ditangan Real Madrid 5-0 menerusi agregat di peringkat separuh akhir musim lepas.
• Menang 5 dari 7 perlawanan menentang kelab Sepanyol di peringkat separuh akhir.
• Sepanjang kempen Liga Juara Juara Eropah musim ini Bayern mencatat satu kalah dan 2 seri dalam perlawanan di tempat lawan. Termasuk kekalahan 1-3 di Estádio do Dragão dalam peringkat suku akhir menentang FC Porto. Kali terakhir mereka menang ditempat lawan adalah di Stadio Olimpico, As Roma (7-1) Oktober tahun lepas.
• Rekod Bayern ke atas kelab Sepanyol ada 6 kali tewas, seri 5 kali dan 11 kali menang.
Ini adalah penampilan ke 4 Bayern di separuh akhir sejak 5 musim yang lepas.

• Rekod perlawanan di peringkat separuh akhir:
K 0-5 v Real Madrid CF, 2013/14 (0-1 a, 0-4 h)
M 7-0 v FC Barcelona, 2012/13 (4-0 h, 3-0 a)
M 3-3 v Real Madrid CF 3-3, menang penalti 3-1, 2011/12 (2-1 h, 1-2 a)
M 4-0 v Olympique Lyonnais, 2009/10 (1-0 h, 3-0 a)
M 3-1 v Real Madrid CF, 2000/01 (1-0 a, 2-1 h)
K 2-3 v Real Madrid CF, 1999/2000 (0-2 a, 2-1 h)
M 4-3 v FC Dynamo Kyiv, 1998/99 (3-3 a, 1-0 h)
K 2-5 v AFC Ajax, 1994/95 (0-0 h, 2-5 a)
K 3-4 v FK Crvena zvezda, 1990/91 (1-2 h, 2-2 a)
K 2-2 v AC Milan 2-2, tewas jaringan di tempat lawan, 1989/90 (0-1 a, 2-1 h)
M 4-2 v Real Madrid CF, 1986/87 (4-1 h, 0-1 a)
M 7-4 v PFC CSKA Sofia, 1981/82 (3-4 a, 4-0 h)
K 1-1 v Liverpool FC, 1-1,tewas jaringan di tempat lawan, 1980/81 (0-0 a, 1-1 h)
M 3-1 v Real Madrid CF, 1975/76 (1-1 a, 2-0 h)
M 2-0 v AS Saint-Étienne, 1974/75 (0-0 a, 2-0 h)
M 4-1 v Újpest FC, 1973/74 (1-1 a, 3-0 h)

Kaitan Jurulatih dan Pemain

• Sepanjang 4 tahun cemerlang (2008-2012) Guardiola menjulang 14 trofi sebagai pengurus Barcelona termasuk Liga Juara Juara Eropah (2009 & 2011). Dia kemudiannya menambah koleksi UEFA Super Cup dan FIFA Club World dalam tahun yang sama serta di peringkat domestik iaitu tiga kali juara liga Sepanyol (2009-2011), dua Spanish Cup (2009-2012) dan tiga Spanish Super Cups 2009-2011.

• Pernah bermain untuk Barca, Guardiola mengecap kejayaan bersama pasukannya dengan enam kejuaraan liga dan telah membarisi skuad yang menjulang European Cup 1992 buat kali pertama. Dia membuat 263 penampilan sepanjang 1991 sehingga 2000.

• Luis Enrique merupakan salah seorang penjaring Barcelona semasa menumbangkan Borussia Dortmund 2-0 di Nou Camp. Barcelona menang agregat 3-1 untuk menjulang UEFA Super Cup 1997/98.

• Robben pernah bermain untuk Real Madrid dari tahun 2007 sehingga 2009, sempat menjulang satu kejuaraan La Liga dan menjaringkan gol menentang Barcelona pada 7 mei 2008. Real Madrid menang 4-1. Semasa kempen Piala Dunia 2014, Robben menyumbat dua gol dalam kemenangan 5-1 Belanda ke atas juara bertahan Sepanyol. Pemain Barcelona yang turut membarisi skuad Sepanyol pada waktu itu adalah Pique, Jordi Alba, Sergio Busquests, Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan penjaring tunggal Xabi Alonso.

• Pemain Jerman Mario Götze adalah penjaring kemenangan skuad kendalian Joacim Low di pentas akhir Piala Dunia 2014 menentang Argentina yang juga dibarisi bintang Barcelona, Lionel Mesii dan Javier Mascherano.

• Marc-André ter Stegen pernah menentang Bayern tujuh kali semasa mewakili bekas kelabnya VfL Borussia Mönchengladbach. Rekodnya adalah menang 2 kali, seri skali, kalah 7 kali dengan 17 bolos dan 2 ‘clean sheets’.

• Ivan Rakitić bermain bersama penjaga gol Bayern Munich,Manuel Neuer dan Rafinha semasa di FC Schalke 04 dari tahun 2007 sehingga 2010.

• Alonso bermain 20 kali menentang Barcelona mewakili Real Madrid, menang 5 kali dan kalah 9 kali. Semasa mewakili Liverpool dia bersama Reina menumpaskan Barcelona di Nou Camp dalam kempen Liga Juara Juara Eropah 2006/07 pusingan 16 terakhir.

• Semasa di Athletic Club, Javi Martinez bertembung dengan Barcelona 15 kali namun tidak pernah menang termasuklah kekecewaan final Copa del Rey 2009 & 2012.

Adakah Guardiola akan mengulangi kejayaan menyingkirkan Barcelona dari saingan? Kita tunggu dan lihat.

Kredit featured image: prosoccertalk.nbcsports.com

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN