Barcelona Tawarkan Coutinho (Sekali Lagi) Kepada PSG Untuk Ditukar Dengan Neymar

Barcelona sekali lagi menawarkan Phillipe Coutinho kepada PSG sebagai pertukaran dengan rakan senegaranya, Neymar.

PSG sebelum ini mencadangkan agar Barcelona meminjam Neymar terlebih dahulu dan terikat dengan komitmen pembelian tetap bernilai sekitar €300 juta.

Namun Barcelona menegaskan mereka tidak akan mengeluarkan bayaran wang untuk Neymar. Sebaliknya mereka hanya mahu menukar Neymar dengan pemain.

Ini bukan pertama kali Barcelona mencadangkan pertukaran Coutinho dengan Neymar. Dan mereka berharap kali ini PSG akan terbuka hati untuk menerima perjanjian itu.

Sejak menyertai Barcelona, Coutinho masih gagal menepati tanda harga yang dibayar oleh kelab kepada beliau.

Masa depan Neymar di PSG terus bergolak. Semalam dalam perlawanan pembukaan Ligue 1, ultras PSG melancarkan kempen anti-Neymar. Pemain yang mereka tuduh sebagai keji dan biadap dengan kelab yang beliau wakili.

La Parisien di Perancis pula melaporkan, PSG sedang berbincang dengan Real Madrid untuk perpindahan Neymar. Dan mereka sanggup menawarkan Real Madrid diskaun lebih banyak berbanding dengan Barcelona.

Jika kedua-dua kelab mencapai kesepakatan, PSG akan cuba untuk memujuk Neymar menerima tawaran daripada seteru el clasico Barcelona itu.

Berita itu kurang disenangi oleh penyokong Barcelona. Ini kerana sebelum ini Neymar sudah menyatakan beliau adalah Cules. Neymar sudah memberitahu PSG bahawa beliau hanya mahu kembali ke Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN